(Perkongsian email dari sahabat ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Saya ingin bertanya Ummu Abrisam,
apakah senario yang diwujudkan oleh seorang ANAK yang menyebabkan IBUnya
mengadu ”nak pengsan rasanya, nak menangis pun ada” ?
Cuba fikirkan..
Saya tidak salahkan Ummu Abrisam jika
berfikir yang negatif. Memang ramai berfikiran begitu kerana dunia akhir
zaman ini pelbagai cerita disekeliling kita dan di dada akhbar tentang
perilaku anak yang tidak sedap di dengar, terjadi di sana-sini.
Sebenarnya ia adalah emel dari salah
seorang bekas peserta kursus saya, Puan Sharifah Shuwaidah. Saya copy n
pastekan sebahagiannya dibawah ini untuk dibaca semula...
”Semenjak
kami memainkan CD al Quran didalam kereta n dirumah, anak saya mula
menghafal n kurang tengok TV. Dan yang paling menyentuh hati bila saya
cuba hendak menukarkan TV channel, saya ditegur supaya jangan tukar,
kerana dia hendak mendengar al Quran!
Alhamdulillah, nak pengsan n menangis pun ada.. Ya Allah, Puan Lina, memang besar pahala Puan dan saya rasa sedikit demi sedikit doa saya dimakbulkan Allah SWT. Anak yang saya maksudkan itu baru berumur 2 setengah tahun
Alhamdulillah, nak pengsan n menangis pun ada.. Ya Allah, Puan Lina, memang besar pahala Puan dan saya rasa sedikit demi sedikit doa saya dimakbulkan Allah SWT. Anak yang saya maksudkan itu baru berumur 2 setengah tahun
Saya
amat2 terhutang budi dengan puan kerana telah banyak menolong saya
serta keluarga. Saya harap satu hari nanti saya dapat membalas jasa
puan. Kalau tak didunia mungkin diakhirat”
Ya Allah, terima kasih atas ilmuMu. Rasa kerdil diri ini. Saya cuma berkongsi ilmu. Dan
hanya Allah yang memilih kepada siapa dan kanak-kanak mana yang akan
diberikan "rasa cinta" kepada al Quran itu. Alhamdulillah kanak-kanak
diatas itu adalah di antaranya, kerana berkat dari doa ibunya. Rasa
terharu saya membacanya. Tak sampai 2 minggu selepas kursus sudah nampak
akan kesannya. Semoga Puan Sharifah tetap istiqomah. Saya ada galakkan
kepada semua bekas peserta kursus saya membantu menyebarkan apa yang
telah mereka belajar dalam kursus saya dengan kawan-kawan dipejabat,
jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Kalau nak lebih pahala
lagi, fotostat nota saya tu dan hadiahkan kepada mereka (mungkin kalau
re-fotostat ia akan jadi tak berapa terang, tapi takpelah tu). Untuk
penerangan lanjut, boleh minta mereka jenguk ke blog saya di http://www.darwishndarwisya.blogspot.com.
Ramai
juga yang meminta saya untuk mengadakan kursus ditempat lain, tetapi
bagi saya belum masanya dengan anak-anak saya yang masih kecil ni. Jadi
dengan cara peserta saya menyebarkannyalah yang akan menyebabkan ilmu
ini lebih cepat diketahui oleh orang ramai. Dan datanglah pahala itu
kepada orang yang menyebarkannya dan juga kepada saya pemulanya dengan
izin Allah.. Semoga akan lahir lebih ramai ahli Quran bertebaran di serata muka bumi Allah ini.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment