(Perkongsian email dari sahabat ummi...)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Selalu
tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba
kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga
malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak
kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram
yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu
diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada..
contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita
seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja
logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya
ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di
arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai
terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu
dari TUHAN!
Takut
pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV.
Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang
menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti
oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat
kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi
penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.
Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad :
"Anak-anak
akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin
dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu
menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu
menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati
perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya
juga tidak akan membuahkan hasil."
(dari 'Arb bin Saad)
Apa kata kita berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan
masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang
kisah kehebatan orang-orang Islam zaman dahulu..
Juga
sebaiknya latih anak untuk menghafal ayatul Kursi dan beritahu mereka
akan kuasa dan khasiatnya. Jika bila-bila masa mereka takut, latih
mereka untuk membacanya sendiri walau dimana mereka berada. Bukan susah
untuk menghafalnya. Kedua dua anak saya boleh menghafalnya pada umur 3
tahun lebih dan saya pasti kanak-kanak lain juga boleh menghafalnya jika
mereka dilatih.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment