(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Ramadan Kareem! Selamat Menyambut Ramadan.
Bagaimana dengan hari pertama Ramadhan Ummu Abrisam dengan anak-anak?
Adakah anak-anak Ummu Abrisam berpuasa?
Kebelakangan ini ramai yang membincangkan tentang kesesuaian umur untuk kanak-kanak berpuasa.
Mana satu yang perlu didahulukan. Mengajar puasa atau solat?
Adakah kerana malu jika tidak berpuasa dan tidak malu jika tidak solat?
Sebenarnya apa-apa pun semuanya terpulang kepada naluri si ibu. Adakah dia melihat anak kecilnya mampu berpuasa
pada usia itu atau tidak? Kita lebih kenal tentang anak kita dari orang
lain. Jangan terlalu terdesak dan tertekan mengikut kata orang awam,
kelak kita sendiri yang akan menerima mudaratnya.
Dari
pemantauan saya, mengajar anak solat itu lebih mudah dari mengajar anak
berpuasa kerana berpuasa itu lebih memenatkan anak-anak kerana mereka
terpaksa menahan lapar dan letih.
Alhamdulillah
kedua-dua anak saya yang berusia 4 dan 6 tahun sudah boleh menunaikan 5
waktu solat. Malahan mula bertanya tentang Solat Dhuha jika melihat
kita melakukannya. Dengan melihat kita menunaikan solat, mereka suka
untuk meniru dan mengamalkannya bersama. Malahan mereka akan menangis
dan mengamuk jika kita solat tanpa mereka.
Kerana
itulah kita perlu menerangkan kenapa perlu berpuasa dan apa hikmahnya
berpuasa itu. Jika mereka masih belum mampu berpuasa, sama-samalah kita
tanamkan dan sebarkan kepada mereka keseronokkan berpuasa dan ganjaran
istimewa yang ALLAH sediakan untuk orang yang berpuasa.
No comments:
Post a Comment