(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Hari Sabtu baru-baru ini, saya selesai menganjurkan satu lagi kursus "Mengajar Al Quran Pada Bayi dan Kanak-Kanak".
Alhamdulillah seperti biasa kehadiran adalah full house. Yang
menariknya kali ini adalah saya tidak perasan ada 2 orang peserta saya
(suami isteri) yang datang dari Jakarta, Indonesia! Sepanjang kursus
saya tidak mengetahuinya hinggalah dia bersalaman dengan saya
mengucapkan terima kasih setelah kursus berakhir sambil berkata dia akan
datang semula untuk 'Kursus Lanjutan' saya nanti. Aduuh.. jauhnya Kau
datangkan mereka ini Ya Allah. Untuk kursus bulan Julai pula ada seramai
7 orang dari Singapura yang telah mendaftar. Pendaftaran untuk bulan
Julai yang akan datang ini telah pun lama penuh. Alhamdulillah
atas sambutan yang amat menggalakkan. Alhamdulillah kerana ALLAH telah
membuka hati ramai para ibubapa untuk mendidik anak mereka dengan al
Quran.
Hargai Kemahiran Yang Allah berikan Pada Semua Kanak-Kanak
Percayalah, mengajar bayi dan
kanak-kanak MENGHAFAL al Quran adalah sangat mudah. Lebih mudah dari
mengajar orang dewasa. Ramai yang bertanya bagaimana saya mengajar
tajwid al Quran pada anak2 saya. Maaf, jika saya menghampakan mereka
yang bertanya dengan jawapan saya ini.. Saya tidak pernah mengajar
mereka teknikal (tajwid al Quran).. Hingga sekarang mereka tak tahu apa
itu hukum dengung, apa itu idgham maal ghunnah, idgham bilaghunnah dan
sebagainya. Yang mereka tahu.. terus mengaplikasikannya pada bacaan.
Bacaan al Quran yang mereka hafal adalah secara semulajadi dan telah
memasukkan perkara teknikal tersebut didalamnya.
Berbanding dengan orang dewasa, mereka
mula belajar al Quran permulaan dengan mengenal teknikal kemudian baru
akan cuba mengaplikasikannya pada bacaan.. Itupun kadang-kadang macam
teknikal tu rasa dah faham, dah cantik dah, tapi bila nak aplikasikan
pada bacaan, ianya tercicir ...
Setiap kanak-kanak yang dilahirkan
seolah-olah lahir bersama satu bakat semulajadi yang diberikan oleh
Allah untuk digunakan. Jika bakat yang dikurniakan ini, tidak dihargai
oleh ibubapa mereka.. Allah akan menarik balik ianya dari kanak-kanak
tersebut
Ini telah dibuktikan dari kajian yang
dilakukan oleh Dr Glenn Doman (Early Childhood Education Expert) yang
antaranya merumuskan "IQ akan meningkat dengan pesat bila seseorang
itu dirangsang pada peringkat bayi dan kanak-kanaknya dan ianya akan
berkurangan pada peringkat seterusnya. Ransangan yang dimaksudkan adalah
rangsangan mata dan telinga serta kaedah dan suasana pembelajaran ".
Okay..
sebagai mengakhiri emel ini saya titipkan bacaan hafazan surah Al Mulk
dan Surah Sajadah dari anak saya Darwish, yang berusia 4 tahun.
- Surah Al Mulk http://www.youtube.com/watch?v=KJccQkEHf2Q&feature
- Surah Sajda http://www.youtube.com/watch?v=MFBfLLRQ6Tw&feature
Daripada Jabir r.a.:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca
surah Al Sajdah dan Al Mulk"
(Hadis Riwayat At Tarmizi)
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment