(Perkongsian email dari sahabat ummi)
Assalamualaikum Ummu Abrisam,
Tajuk
saya pada emel kali ini agak menyeramkan? Bukan untuk menakutkan tetapi
untuk berkongsi cerita yang saya teringat untuk menceritakannya pada
Ummu Abrisam. Setiap kali kursus yang saya adakan, saya berjumpa dengan
berbagai latar belakang peserta. Sudah tentu pelbagai cerita tentang
anak-anak mereka yang dikongsikan bersama saya. Ada beberapa peserta
kursus saya mengadu tentang anak mereka yang terlampau kerap menangis.
Ada yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur
dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta
dan menangis kembali. Terus saya maklumkan padanya, bagi saya sudah
jelas anak tersebut kena gangguan.
Kebiasaannya
ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan
besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis.
Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk
halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya
terjadi pada anak mereka!
Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan :
- Adakah matanya melilau melihat sekeliling
- Menangis yang tiada air mata,
- Menangis seolah seperti di cubit,
- Menangis dalam keadaan takut,
- Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
- Tidur di selang seli dengan tangisan
- Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
Jika
kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada
gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu
lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut
kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis
bermakna PASTI ada gangguan.
Jika
kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan
menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti
ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu
haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan
Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman
anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan
untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik.
Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.
Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?
- Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
- Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Bukan
sahaja untuk bayi, ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang suka bermain
atau bercakap seorang diri (sebenarnya dia bercakap bersama 'teman'nya)
atau yang telampau nakal.
Kebetulan
pula saya berjumpa dengan seorang ustaz hafiz quran yang mempunyai
klinik darus syifa'. Setelah berbincang dengan beliau, saya terfikir
untuk menjadi pengedar beliau. Maklumlah orang moden macam kita mana nak
tau cari ustaz untuk berubat. Kalau anak sakit sikit terus berjumpa
doktor. Bila doktor kata anak takde apa-apa pun, kita syak dah tapi tak
tahu nak jumpa siapa. Akhirnya bila orang cadangkan perkara yang karut
marut kita ikut sahaja sebab tak tahan hati kasihan melihat anak
menangis. Maka, sebab itu saya ambil keputusan untuk membawa produk
Kasturi Syifa' ke dalam eshop saya. Ia adalah haruman yang telah di
syifa'kan dengan 30 juz al Quran beserta doa-doa pendinding dan
lain-lain. Memakai haruman adalah kegemaran Nabi (sunnah). Dari segi
saintifiknya ia dapat merangsang deria bau bayi dan kanak-kanak.
Menstimulasi mereka melalui deria hidu. Anak saya juga memakainya
walaupun mereka tidak mempunyai sebarang gangguan. Untuk melihat produk,
boleh klik website ini.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment