Tuesday, September 25, 2012

Tips Meransang Pemikiran Bayi

Tips ini untuk seorang kawan yang sedang berusaha mengajar bayinya. 

Pendidikan awal memang bermula dari rumah. Malah, di dalam kandungan ibu lagi. Sebenarnya, untuk permulaan kita tidak perlukan kos untuk mendidik anak. Buat permulaan, kos yang diperlukan hanyalah effort. Itu sahaja. Harus diingatkan bahawa bagi bayi dan kanak-kanak, mereka belajar sepanjang masa!

Paling mudah, rajin-rajinlah bercakap dengan bayi anda. Sambil-sambil menukar lampin, menyusu, mandi, jalan-jalan, mama perlu rajin berbual dengan bayi. Walaupun anak kecil mungkin belum memahami perkataan yang diucapkan, namun bunyi-bunyi yang pelbagai itu adalah satu ransangan yang baik untuk mereka.

Main peek-a-boo. Semasa bergolek-golek di ruang tamu, tunjukkan mainan kesukaannya. Lepas tu, sorokkan di bawah blanket. Buat permulaan, biarkan bayi melihat mama menyorokkan permainan tersebut. Ini akan meransang deria bayi untuk meneroka blanket tersebut untuk mendapatkan kembali permainannya.

Melihat cermin. Ini juga satu aktiviti yang sangat berkesan. Bayi biasanya suka melihat dirinya sendiri. Bayi tidak kenal pun itu ialah dirinya. Tetapi, mimik-mimik muka dan pergerakan yang meransang pemikirannya. Lama-kelamaan, setelah dia sedar siapa di dalam cermin itu, permainan akan menjadi bertambah menarik. 


Sentuhan, pelukan, dakapan. Macam iklan minyak baby Johnson's tu. Siap urutan lagi depa bagitau. Kajian mengatakan bayi yang selalu dipeluk akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih berbanding bayi yang jarang dipeluk.


Cukup lah dulu untuk meransang bayi. Next step baru kita gunakan aided tools. Yang paling penting pada masa ini ialah effort orang di sekitar bayi itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...