Thursday, September 13, 2012

CARA PALING BIJAK MENDIDIK ANAK JADI PENYABAR

Tentunya anda pernah terbaca pelbagai kaedah untuk mendidik anak menjadi seorang yang penyabar. Namun ada satu cara yang diakui semua pakar sebagai Cara Terbaik, Paling Bijak dan Paling Efektif untuk mendidik anak menjadi seorang yang penyabar. Cara ini namanya Role Modeling. Role Modeling bermaksud menjadikan diri anda sebagai contoh atau model unt
uk ditiru oleh anak anda.

Anak-anak mendengar apa yang anda perkatakan tapi meniru apa yang anda buat. Anak-anak memang suka meniru apa yang dibuat oleh ibu dan bapa mereka.

Anda harus yakin bahawa cara paling bijak, terbaik dan paling berkesan untuk mendidik anak menjadi insan yang penyabar ialah dengan anda sendiri menjadi orang yang penyabar. Tunjukkan contoh pada anak anda apa ertinya kesabaran dengan perbuatan anda sendiri, bukan setakat memberitahunya untuk bersabar.

Bersabarlah jika anda dilanda masalah kewangan. Bersabarlah jika anda dibuang kerja. Bersabarlah jika anda kehilangan orang yang disayangi. Bersabarlah jika anak-anak membuat salah dan silap. Pendekata, bersabarlah jika Allah Maha Pengasih menguji anda. Ingatlah: ANAK-ANAK ANDA TIDAK MENURUT APA YANG ANDA KATAKAN. MEREKA HANYA MENIRU APA YANG ANDA LAKUKAN
-sumber artikel Iluvislam.com-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...