Tuesday, January 31, 2012

Hafiz Admit




Sebenarnya tak sampai hati ummi nak post gambar kat atas tu.... kenangan pahit sangat buat ummi....ni pertama kali ummi jaga anak yang admit dalam hospital sebab sakit... selalunya ummi admit sebab bersalin....huhuhu..tak sangka pula kena jaga anak yang sakit...

Walaubagaimanapun ummi tetap bersyukur sakit anak ummi ni tak lah seteruk anak-anak orang lain ...adalagi yang lebih kecil...sakit kronik... yang end up dah jaga anak sakit dalam wad berbulan-bulan pas tu anak tak sembuh2..tapi meninggal...tak dapatlah ummi bayangkan kesedihan ibu2 yang di uji begitu...

Tapi ummi selalu percaya...Allah tak uji hambanya di luar kemampuan / kesanggupan seseorang hambanya... dan setiap ujian itu pasti ada hikmah...dan pasti Allah akan ganti sesuatu musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik... kita sebagai hamba Nya harus belajar untuk redha menerima takdirnya ...anggaplah apa pun ujian Allah kepada kita tanda Allah sayangkan kita... dan Insya Allah semua tu akan menjadi penghapus dosa kita...

Berbalik kepada sakit Hafiz...mula-mula ummi anggap ni semua demam biasa....Hafiz mula demam pada 14 January 2012..hari sabtu.... mula-mula tu macam biasa je...main2 ngan abangnya Abrisam... lepas makan Hafiz tarik jari ummi untuk masukkan ke dalam mulut... ummi ingatkan Hafiz tercekik makan ke apa...then ummi just bagi minum...

Hafiz ada juga cakap " akiiit..akiiit (sakit)..." sambil jari masukkan dalam mulut....ummi ada pegang badan Hafiz rasa macam suam-suam je (tanda nak demam)..mula-mula tu ummi biarkan je sebab lepas seketika Hafiz kembali bermain bersama abangnya...

Sebelah petang tu, masa Hafiz nak menyusu....Hafiz sekali lagi tarik jari ummi suruh masukkan ke dalam mulut...masa tulah ummi check mulut Hafiz...terkejut ummi sebab banyak tumbuh ulser...badan Hafiz pun agak panas.... ummi segera beri makan ubat demam.... then Hafiz back to normal lepas seketika...cuba tak berapa nak makan...ummi pun ingat biasa je..

Keesokan harinya abi bawa ke klinik...then abi beli juga ubat dari farmasi... sepanjang malam itu, Hafiz tak tentu tidur...menyusu dan makan pun tak berapa ...kesian sangat...ummi tahu tentu Hafiz lapar...

Pada 16 January 2012 ummi sekali lagi bawa Hafiz ke klinik... kali ni doktor ada beri ubat ulser dan ubat demam...

Tapi nampaknya ulser dan demam tak sembuh-sembuh...demam akan berkurang selepas makan ubat tetapi akan kembali demam selepas beberapa jam...pada sebelah malam ada juga ummi bawa Hafiz ke hospital dengan harapan pihak hospital dapat beri rawatan lanjut... manakan tidak... Hafiz tak dapat makan,menyusu dan minum...susah hati ummi di buatnya...

Mulut Hafiz juga agak berbau...mungkin kesan ulser dan mulut tak bercuci.... ada juga ummi iktiar letak sejenis minyak...tapi semuanya tak berkesan... pedih sangat hati ummi setiap kali Hafiz minta susu then lepas ummi buatkan dia tak dapat nak minum...1 oz pun susah sangat nak habis...selalunya dapat minum sekaligus 6 ke 7 oz.... setiap kali Hafiz mengadu ..."akiit..akiit".. ummi hanya mampu berdoa pada Allah supaya sembuhkan anak ummi...

7 hari sudah berlalu, demam tak juga baik...ulser pun semakin teruk... ummi akhirnya bawa Hafiz ke klinik kerajaan (Poliklinik)... mula-mula jumpa MA (Medical Assistant)... then lepas check MA refer Hafiz ke Doktor.... Doktor tu yang refer Hafiz ke hospital untuk admit... sedih rasa ummi tapi itulah yang terbaik bagi ummi.... ummi sendiri pun tak tau nak buat apa lagi...

Petang itu, ummi dan Hafiz masuk hospital...kami di letak dalam bilik kerana menurut doktor Hafiz sudah dijangkiti kuman.... jadi dia perlu di asingkan dengan pesakit lain...untuk elak daripada berjangkit...

Doktor pakar India maklumkan kepada kami bahawa kuman yang menjangkiti Hafiz sama jenis dengan HFMD....tapi Hafiz bernasib baik kerana belumlah ke tahap HFMD...walaupun menurut doktor kuman yang terkena Hafiz ni agak bahaya juga terutama sekali untuk budak yang kurang aktif....sebenarnya kuman ini juga jarang-jarang ada...hanya ada beberapa kes sahaja...

Ummi lega kerana memandangkan Hafiz agak aktif dia dijangka mampu bertahan dengan kuman ini..(manakan tidak doktor kategorikan Hafiz budak yang aktif, sebab sepanjang doktor berada di dalam bilik kami....Hafiz yang tengah demam panas tu sibuk menyorong kerusi ke hulu ke hilir...langsung tidak menangis...lasak sangat)

Tengah ummi bersiap-siap untuk solat Magrib...ada seorang lagi doktor pakar berbangsa Cina berjumpa ummi... dia maklumkan kepada ummi bahawa mereka akan mengambil sample air selaput otak Hafiz...dan darah... ia adalah untuk di uji sama ada kuman telah masuk ke otak atau tidak... semasa ummi bertanyakan dr sama ada ia berisiko atau tidak...dr maklumkan risiko tetap ada... tapi rawatan agak sukar juga kalau tak ambil sample.... sebab menurut dr kalau kuman dah sampai otak perkara itu kalau tak di rawat akan membahayakan Hafiz...

Ummi juga ada bertanya...perkara itu akan menyakitkan Hafiz atau tidak... dan rasa tak sampai hati pula nak benarkan masa dr tu cakap...agak sakit juga...sebab benda tu di ambil dalam keadaan sedar...

Huhuhu....ummi yang tengah panik....terus je sign concern letter ok...abi masa tu tengah solat magrib kat surau hospital...tak terfikir pula ummi nak bincang...huhuhu...ummi cuma nak yang terbaik untuk anak ummi...ummi hanya fikir supaya Hafiz cepat sembuh...

Lebih kurang jam 8.00 malam ...Hafiz di bawa ke bilik rawatan untuk di ambil sample air selaput otak dan darah...ummi dan abi tidak dibenarkan masuk ...kami di minta tunggu di luar... rasa nak jatuh jantung ummi dengar Hafiz menjerit ..."ummi..ummi...."..huhuhu..kesian anak ummi !!! abi agak tenang berbanding ummi...

Selepas beberapa minit...ummi dan abi dibenarkan masuk dalam bilik rawatan... terkejut kami melihat Hafiz agak lemah tapi mata berbuka....abi nampak lebih panik...dan segera bertanyakan perkara itu...

Rupa-rupanya Hafiz telah diberikan ubat tidur dan kami dimaklumkan Hafiz hanya akan sedar selepas 6 jam....dan kami mengagak kira-kira jam 2.00 pagi.... Hafiz kemudiannya di pindahkan ke dalam bilik dan di tambah air...

Sampai je dalam bilik...terkejut ummi dan abi...Hafiz yang nampak lemah terus cakap ..."abi akiit"...terkejut kami sebab Hafiz boleh sedar....Abi maklumkan kepada ummi bahawa maybe sebab Hafiz agak aktif tidak semudah itu ubat tidur memberi kesan pada Hafiz.... lepas seketika Hafiz lena....tetapi tersedar semula pada jam 9.25pm....nampaknya langsung tak berkesan ubat tidur tu untuk Hafiz...

Hafiz nampak tak selesa dengan jarum di tangan...(yang di sambung untuk masukkan air) berapa kali dia cuba duduk...dan minta di dukung...tapi dr tak membenarkan Hafiz duduk kerana belakang Hafiz perlu diluruskan sekurang-kurangkan 6 jam....puas jugalah ummi pujuk Hafiz supaya tidak bergerak....berkali-kali jugalah Hafiz 'mengamuk'....

Entah macam mana...tiba-tiba Hafiz tarik wayar jarum yang kat tangan tu...ummi yang terkejut apalagi terus tinggalkan Hafiz dan mencari nurse...sampai je kedalam bilik...terkejut ummi lihat darah dah penuh badan Hafiz dan tilam....nurse segera ambil ubat dan kapas untuk berhentikan darah di tangan Hafiz...ummi membersihkan badan Hafiz dari darah manakala nurse mengemaskan tilam dan mengganti cadar.....

Selepas selesai sekali lagi tangan Hafiz di injeck ..kali ini sebelah kanan....untuk di masukkan air semula....

Dekat jam 3.00 pagi barulah Hafiz tidur....

sepanjang 4 hari 3 malam di tahan di wad..4 botol air masuk badan Hafiz....selain ubat anti biotik..

Lega ummi akhirnya Hafiz kembali sihat....mula aktif bermain, kuat menyusu dan mula berselera makan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...