Wednesday, May 23, 2012

Ibu Mithalikah Kita?

(Email daripada kenalan ummi.... )

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Bila sebut perkataan 'ibu mithali' apakah yg terbayang dalam fikiran Ummu Abrisam?

Bagi saya, apabila terbaca atau terdengar perkataan 'IBU MITAHLI' saya tertanya sendiri, adakah aku boleh dilabelkan sebagai ibu mithali?

Layakkah kita untuk bergelar ibu mithali di sisi ALLAH  (wpun tidak memenangi anugerah tersebut?)

Mari  kita muhasabah semula:

1- Di manakah kita ketika anak2 perlukan kita?

2- Adakah kita memberikan alasan 'sibuk' apabila anak2 ingin bercerita dengan kita?

3- Adakah kita menyuruh anak 'diam!' apabila mereka cuba untuk menceritakan kegembiraan mereka?

4- Adakah kita telah memberikan didikan yg sempurna kepada anak2?

5- Adakah kita telah selidik perkara dgn adil sebelum kita menghukum anak2?

6- Adakah kita sabar dengan rengekan dan tangisan anak?

7- Adakah kita sabar dengan perangai nakal anak2?

8- Adakah hukuman yg kita berikan atas kesalahan anak2 itu setimpal atau selalunya lbih berat dr kesalahan yg dilakukan mereka?

9- Adakah kita sempat memberikan ciuman dan pelukan kepada anak2 sebelum mereka tidur pada setiap malam?

Tentu timbul rasa keinsafan untuk menjawab setiap soalan di atas bukan?

Begitu juga dengan diri saya. Kerana itulah setiap malam saya berdoa semoga ALLAH memberikan saya sebenar-benar kekuatan dan kesabaran untuk mentarbiah anak2. Semoga 
Ummu Abrisam juga mendapat kurniaan begitu daripadaNYA. Amin Ya Rabbal 'Aalamin.

 
 
Ikhlas,
 
 
Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...