Wednesday, May 23, 2012

Anak, Anugerah Atau Ujian - Siri 1

(Email dari kenalan ummi...)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Sebelum menjawab soalan dalam tajuk emel ini, saya beri peluang kepada
Ummu Abrisam utk menjawab sendiri.

Apakah jawapan 
Ummu Abrisam?
Adakah anak2 ini anugerah?
Adakah anak2 ini ujian?

Jom kita flashback semula perasaan kita ketika pertama kali melahirkan
anak.. Apa perasaannya?

Damai!
Hiba!
Amat bersyukur!
Ia Anugerah Ilahi!

Kita bayangkan pula ketika punya masalah dengan anak2. Dengan
kenakalan mereka, kedegilan mereka dan ketidak sabaran dari kita
sendiri!

Lebih2 lagi apabila mereka meningkat remaja. Mereka mula GILA!. Bukan
saya yang kata, Tapi Rasulullah SAW yang bersabda:
الشباب شعبة من الجنون


'Usia remaja itu adalah salah satu cabang 'gila' !'

Kenapa remaja itu 'gila'?

Kita flashback dan renungi sendiri usia remaja kita dan kita akan
dapat jawapannya!

Memberontak!
Ingin mengetahui segalanya!
Ingin orang lain faham mereka!
Membuat keputusan terburu2!
Tidak fokus! dan macam2 lagi kegilaan remaja.
Selangkah mereka tersasar, mungkin akan mereka menyesal seumur hidup!

Kerana itulah, biarlah kita bersusah payah sedikit mendidik anak2 kita
dari kecil supaya mereka menjadi remaja yang SOLEH pada masa hadapan.

Untuk jawapan soalan ini, InsyaALLAH saya akan jawab pada emel yang
akan datang, boleh ya?

Assalamualaikum
Sekian buat kali ini.
Ikhlas,
Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...