Monday, July 11, 2011

"Copy" & "Paste"


Hari ini ummi senyum sendiri di office...terkenang kisah di rumah semalam antara Abrisam dan Hafiz... masa tu ummi sedang memasak di dapur, manakala abi tidur di ruang tamu... anak-anak ummi masing-masing bermain sendiri di ruang tamu...

Masa tu, Hafiz makan biskut wheat krunch...sambil makan tu sepah-sepah juga....si abang yang sedar perlakuan adiknya....terus mengumpul biskut yang di sepah si adik sambil mulut tu menyebut berulang kali :

"Ya Allah....Ya Allah...Azim....Ya Allah...Azim...."(ni kes ikut ummi lah ni).... ummi kan selalu guna perkataan ....Ya Allah...Astagfirullahalazim....hehehehe... betullah kan budak-budak ni seringkali 'meniru' apa yang mereka kerap dengar dan lihat...

Sebelum ini, ada beberapa kali lah juga Abrisam 'tiru' apa yang dia lihat ummi buat... suatu malam, masa Hafiz demam, ummi nak bagi Hafiz makan ubat....si kecil ni geleng-geleng lah kepala tanda tak nak... puas ummi dan abi pujuk ...tetap tak nak...kerap kali tolak hingga ubat tertumpah...jadi mahu tak mahu ummi ni guna cara 'paksa' lah....abi pegang tangan Hafiz sambil ummi masukkan ubat dalam mulut... tanpa ummi sedari rupanya ada seseorang sedang 'memerhatikan'....

Keesokan paginya, ummi terkejut mendengar Hafiz menjerit-jerit... masa ummi jenguk tu, rupanya Abrisam masa tu menahan tangan Hafiz sambil cuba masukkan sesuatu dalam mulut Hafiz...

Masa ummi tanya Abrisam sedang buat apa....selamba budak tu jawab...." adik mamam ubat"... huhu...rupanya anak ummi cuba 'paksa' Hafiz makan ubat sebagaimana dia melihat apa yang ummi lakukan...

Nampaknya ummi kena lebih berhati-hati lepas ni....coz dah ada budak pandai 'copy' & 'paste' apa yang dia lihat dan dengar....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...