Wednesday, April 29, 2009

Intro my baby to solid food...





Semalam hari pertama Abrisam di beri solid food… before kerja ummi sempat masak…boleh kira lah berapa butir nasi tu…ummi just nak Abrisam rasa air kanji (rebusan besar)..

Nenek yang akan ‘merasmikan’ aktiviti memperkenalkan Abrisam solid food..

Petang, balik dari office nenek excited cerita kat ummi n abi tentang ‘pengalaman’ menyuap bubur untuk Abrisam..

Nenek kata, Abrisam budak bijak…gembira je tengok sudu tu…dan siap buka mulut lagi…amboi!! Anak ummi..tau2 je dia benda tu nak masuk mulut..

Nenek kata, yang susah nya nak suap si comel ni, coz dia aktif sangat bergerak…susah nenek nak suap.. biasalah anak ummi ni memang baby yang cergas lagi aktif..

Ummi nak test juga lah suap anak ummi ni, tapi ummi letak air susu dalam sudu…
Memang sah!!! Abrisam excited tengok sudu tu..!!!! buka mulut!!

Abi pegang, ummi suap…seronok anak ummi.

Tuesday, April 28, 2009

Update...

Abrisam dah 6 month...

Insya Allah, hari ni nenek akan stat bagi solid food...makan bubur....(air rebusan nasi)...hehehe
Oh ya, keaktifan Abrisam semakin terserlah..menjadi-jadi...tak 'terkabih' ummi di buatnya..
Baru-baru ni, Sabtu, 18 April 2009 jatuh dari katil...Punya lah aktif...sekarang ni, kena tido tanpa katil lah..

Ummi letak Abrisam kat tepi dinding, ummi tido sebelah...masalahnya Abrisam merangkak ke belakang, tu yang boleh jatuh...

Masa tu, se isi keluarga masih 'mamai'...baru nak bangun solat subuh..ummi actually dah bangun, cuma bermalas-malasan...entah macam mana boleh terlelap...
Punya lah terkejut masa dengar bunyi barang jatuh...rupanya anak ummi..Kesian..nangis kejap je...hero katakan..
Semua lari ke bilik...

Puas juga ummi ni kena 'boom' oleh atuk n nenek...Abi masa tu kat kuching..
Macam-macam je aksi di buat nya, sampai kak Mira dan abang Aiman cakap Abrisam bersenam...

Monday, April 27, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah Ummi selamat transfer to Bintulu on 11 April 2009 (Sabtu)...Means kita akan dekat with Abi....
Syukur doa ummi agar kita sekeluarga dapat tinggal sebumbung termakbul....
Walaupun rasa sedih meninggal kan Miri, rakan-rakan....tp ummi gembira lepas ni ummi dan Abrisam dah dekat dengan Abi...

Semoga kita sekeluarga akan hidup bahagia, aman damai hingga ke akhir hayat.

Amin.

Monday, April 6, 2009

Gambar dalam 'gambar'....




Nampak cantik pula...gambar yang di capture oleh aunt Guy 27 October 2008...ummi cuci n bingkaikan....


Khamis lepas, 2 April 2009 aunt Guy 'gambar' semula gambar yang ummi bingkaikan n letak atas almari...


So nice n creative..


Thanks to aunt Guy..

Friday, April 3, 2009

Timbang..

Semalam ummi and nenek antar Abrisam ke klinik...

Timbang 7.6 kg...in 5 month 6 days...

Surprise..masa injection tu Abrisam tak nangis pun....

Good boy of mine...

Thursday, April 2, 2009

Putera Hati Ku - Awang Abrisam Zubari



Flash Back : 27 Syawal 1429 @ 27 Oktober 2008
Copy n paste dari entry ummi sebelum ni di web lain :


Alhamdulillah, aku dan suami kini telahpun bergelar ‘ummi’ dan ‘abi’ kepada putera kami, Awang Abrisam Zubari.

Cepat betul masa berlalu, belum pun sampai setahun usia perkahwinan kami, kami telah di kurniakan cahaya mata. Puji-pujian hanya pada Allah yang memberikan kami rezeki ini.

2 minggu sebelum aku di jangka bersalin, aku memang sudah kerap tidak pergi ke office. Terasa sangat susah membawa perut yang semakin membesar. Serba tak kena. Lagi pun aku sudah awal-awal lagi ‘handing over". Aku risau jika bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Aku sungguh berterima kasih pada ‘bos’ ku yang tidak kisah dengan kekerapan aku tidak ke office.
Sejak selepas hari raya suami sudah mula tidak pulang ke Marudi kerana menemani aku yang ‘tunggu hari’ nak bersalin.

Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan. Sungguhpun doktor memaklumkan aku dijangka akan bersalin pada 26 Oktober 2008. Aku sudah packing barang untuk di bawa ke hospital. Aku dan suami tetap berharap agar aku dapat bersalin lebih awal. Teruja rasa nya, lagipun aku sudah mula rasa ‘berat’.

Pada pagi hari Jumaat, 24 Oktober 2008, aku mendapati ada keluar darah, tapi saat itu belum lagi ada rasa sakit. So aku tetap relax, lagipun aku belum lagi merasakan ada contraction.
Pada pagi Sabtu, 25 Oktober 2008 aku mula merasakan sakit pinggang belakang dan darah masih ada keluar. Walaupun sakit, aku masih dapat menahannya dan aku masih relak. Sehinggalah pada jam kira-kira 3.00pm, aku mula merasa semakin tidak selesa dengan sakit di bahagian pinggang belakang. Aku mengajak hubby ke hospital.

Kami ke wad bersalin, aku di minta ambil urine dan nurse membuat ‘temuduga’ dengan ku. Macam-macam yang di tanya, almaklum maklumat itu akan di gunakan sebagai rujukan. Kemudian nurse membawaku ke ruang bersalin dan memeriksa ku. Bukaan baru 1cm dan lendir bercampur darah semakin banyak keluar. Walaupun belum masa untuk bersalin aku tetap di tahan di wad.
Selepas membelikan aku makanan, suamiku pulang ke rumah. Sebaknya. Rasa nak nangis kena tinggal. Pelawat tidak di benarkan tinggal di wad.

Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku.
Pada hari Ahad, 26 Oktober 2008, aku mula merasa sakit yang agak kuat, dan ia semakin kerap. Yang lebih menyiksakan adalah rasa sakit di belakang dan pinggangku, lebih daripada sakit di rahimku. Hingga ketulang rasa mencucuk-cucuk. Membuatkan aku sukar untuk bergerak.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama so aku agak keliru juga apa rasa ‘contraction". Sempat juga aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, adakah sakit yang ku alami sekarang di namakan ‘’contraction memandangkan sakitnya datang dan pergi. So aku mula membuat catatan, agak kerap juga sakitnya datang dan pergi. Kira-kira 11.00am, aku meminta nurse sekali lagi memeriksa berapa bukaan cm, dan bukaan baru 2cm, Sungguh mengecewakan, aku sudah mula berasa sakit yang amat sangat dan aku semakin tidak sabar ia segera berakhir. Cemburu aku melihat orang sekeliling yang sudah bersalin. Kelihatan lega.

Nasib baik ada mak dan suami yang menemaniku dan menolong mengurut-urut pinggang belakangku, walaupun kesakitan langsung tak berkurang.

Nurse dan doktor menasihati aku supaya banyak bergerak dan berjalan-jalan supaya bukaan semakin besar dan aku mudah bersalin, tapi macam mana, ke tandas sahaja aku sudah merasa pinggang belakang ku sangat sakit. Rasa ada tulang yang mencucuk isi daging di pinggang belakangku.

Walaupun terlalu sakit, ku gagahkan juga berjalan-jalan dengan harapan aku akan segera bersalin. Tak sabar rasanya, sudah tidak tertanggung kesakitan ini.
Pada ibu dan suami ku adukan rasa sakit ku. Ibu meminta ku bersabar dan menasihatiku supaya banyak kan berdoa.

Rasa nak mengalir air mata ku menahan rasa sakit. Sungguh seksa!!!!!
Pada jam lebih kurang 5.30pm, ibu ku balik ke kampung. Tanpa dapat ku kawal, air mata ku mengalir deras. Tak sanggup rasanya berjauhan dari ibu saat-saat aku menanggung kesakitan ini. Ibu memujukku dan berjanji akan segera melawatku keesokan harinya, lagipun pelawat tidak dibenarkan bermalam di wad.

Memandangkan pinggang belakangku semakin sakit, kira-kira jam 6.30pm sekali lagi aku meminta nurse memeriksa bukaan rahimku.

Kali ini, Alhamdulillah bukaan semakin besar dan nurse memaklumkan aku dijangka akan bersalin dalam waktu terdekat. Lega rasanya. So nurse memberi ubat supaya aku segera membuang air besar dan nurse meminta aku makan untuk tenaga semasa proses bersalin nanti.
Kak Agnes, nurse yang memeriksaku, menasihati aku supaya jangan ‘meneran’ sebelum di arahkan untuk meneran.

Kira-kira jam hampir pukul 7.00pm kalau tak silap, dengan di temani suami, aku di tolak ke bilik bersalin. Sebelum masuk bilik bersalin, semasa mencium tangan suami ku sempat aku meminta maaf dan meminta di doakan agar semuanya di mudahkan Allah. Suami mencium pipi dan dahiku, dan memesan supaya aku banyak berdoa.

Didalam wad bersalin, bukaan rahimku di periksa lagi, lebih kurang 5cm, aku di berikan oksigen sementara menunggu bukaan semakin besar iaitu lebih kurang 10cm. Masya Allah, lamanya lagi nak tunggu sedangkan aku semakin kesakitan.

Semasa aku bertanyakan pada nurse, adakah aku perlu tunggu lama lagi untuk bersalin, terasa lemah semangatku semasa nurse maklumkan yang bukaan selalunya 1cm untuk 1 jam.
Nurse meminta supaya aku banyakkan berdoa.
Ya Allah…Mampukah aku menunggu 5 jam lagi dengan kesakitan ini? Aku tak putus-putus berdoa agar Allah mudahkan segalanya.

Saat ini, terasa nyawa di hujung tanduk, sakitnya tak tertanggung. Dalam kesakitan, sempat juga aku berfikir dan kagum pada wanita-wanita yang berjaya melahirkan ramai anak. Bagaimana mereka mampu menempuh kesakitan sebegini berulang kali. Aku saat ini, terasa sangat fobia.
Aku terkenangkan ibu ku.

Sanggupkah aku untuk menempuh sakit begini lagi? Sempat lagi aku bersoal jawab. Mataku tak putus-putus memandang jam dinding. Kalau mengikut kiraan 1cm bukan dalam masa 1 jam, aku dijangka akan bersalin dalam pukul 11.00-12.00 malam.

Aku agak panik juga, kerana aku seringkali meneran. Membuatkan aku sering di marahi oleh nurse yang bertugas.

"Jangan meneran. Bukaan masih kecil. Belum masa untuk kitak bersalin tok. Bengkak kelak. Susah kitak nak keluarkan baby kelak". Rungut nurse saat dia memeriksa bukaan cm di rahimku.

"Kamek sik da meneran. Automatik jak kamek meneran tok".Balasku.
Aku pun heran, memang aku meneran dengan tidak sengaja.

Entah berapa kali juga aku meneran. Walaupun aku cuba kawal.

"Jangan meneran. Kelak kitak habis tenaga."

"Macam ne lah nak halang. Kamek sik meneran."

Dalam kesakitan, sempat juga aku bercakap. Hehe.
Jam masih awal lagi. Aku sudah terlalu kesakitan. Aku meminta nurse memeriksa bukaan cm. Kot-kot aku dah nak bersalin. Kerana selalu je meneran.

Semasa nurse memaklumkan masih perlu tunggu beberapa jam lagi. Aku meminta agar aku di pengsankan sahaja.

haha…tak logik betul. Mana boleh pengsan. Nanti tak ada tenaga nak bersalin. Lawak rasanya kalau aku kenang .

Aku diberikan gas ethonox untuk mengurangkan rasa sakit. Secara jujur ku katakan, gas itu tidak mampu mengurangkan rasa sakit, namun ia membuatkan aku berasa sedikit khayal, hingga kadang-kala aku ‘terlupa’ aku sedang sakit hendak bersalin.

Sepanjang aku bergelut menahan kesakitan, aku tetap membaca beberapa doa, dengan harapan Allah selamatkan aku dan bayi, serta memudahkan segalanya untuk ku.

"Sedut gas ya mun rasa sakit jak. Jangan banyak gilak sedut. Kelak anak kitak mabuk".
Kira-kira jam 11.00 malam, aku di periksa lagi. Bukaan sudah 9cm, dan aku di jangka akan bersalin sebentar lagi. Nurse segera menyiapkan peralatan. Air ketubanku di pecahkan. Nurse membetulkan posisiku agar mudah untuk bersalin, dan mengambil tube gas ethonox dariku walaupun aku berkeras mahu memegang tube itu, kerana takut sakit.

Kali ini, beberapa orang nurse dan seorang doktor, mengerumuniku. Aku di ajar cara meneran.
Aku dapat rasakan bayiku turun ke laluan untuk melahirkan, dan aku terasa hendak meneran.
Dengan lafaz Bismillah, aku cuba meneran dengan sekuat-kuat tenagaku. Dan rupanya, ia tidak mudah. Cubaan pertamaku gagal.

"Cuba lagi. Jangan buka mulut, tahan nafas, teran terus dan jangan putus-putus." Nurse memberiku panduan.

Aku cuba dengan panduan yang diberikan oleh nurse tersebut. Tapi, gagal lagi.
Entah berapa kali aku cuba meneran. Sehingga aku rasa sangat penat dan haus.

Sempat juga aku minta air. Tapi tak di layan. Iyelah kalau aku bertangguh-tangguh, nanti bayiku lemas. Lagipun bayiku sudah membuang air besar di dalam perut. Ia perlu segera di keluarkan!!!!

Semua orang sedang memberi semangat kepadaku. Walaupun agak lemah, kugagahi juga meneran, kerana khuatir sesuatu yang buruk akan terjadi pada bayi ku. Naudzubillah.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali meneran, aku merasa sakit yang amat sangat di laluan bayi dan seketika kemudian terdengarlah tangisan bayi kami yang pertama.

Sebaik sahaja bayiku keluar melihat dunia, dia di letakkan di dadaku dan aku melihatnya buat pertama kali. Aku rasa terharu. Aku segera memelukkan. Hilang semua rasa sakit.
Maha Suci Allah, sungguh kacak bayiku, putih melepak dan bermata sepet. Beratnya 3.63kg. Subhanallah..

Seketika kemudian, bayiku di ambil untuk dibersihkan dan di selimutkan, sementara seorang nurse menunggu uriku keluar.
Aku bersalin tepat jam 12.55 am. Ini bermakna bayiku lahir pada 27 Oktober 2008, lewat sehari dari jangkaan doktor iaitu 26 Oktober 2008.

Kira-kira jam 2.00am aku di tolak ke wad, di mana tempat aku ditahan. Suami sudah pulang, kerana polisi hospital tidak membenarkan sesiapapun pelawat berada di dalam wad.

Hanya pada keesokan paginya,barulah ibuku, bapaku dan suami melihat bayiku.
Suamiku qamat di telinga kecilnya.
Aku pulang ke rumah bersama putera hatiku pada keesokan harinya.

Setiap kali ku tatap wajah comel puteraku, hatiku luluh dengan hangatnya kasih sayangku padanya. Tiada kebahagian yang setanding dengan rasa bahagia menyentuh jari-jemari dan mengucup pipi montel seorang cahaya mata.

Segala puji dan puja ku hanya pada Allah, yang menganugerahkan zuriat ini padaku dan suami.
Kini, putera kami, Awang Abrisam Zubari Bin Awang Abadi sudah berusia 2 bulan 2 minggu. Kuat menyusu dan montel, hingga orang sekeliling sering menganggapnya berusia 5-6 bulan. Semoga dia menjadi anak yang sihat, pintar dan soleh.

Buat putera di hati Ummi dan Abi, engkaulah anugerah terbesar dari Allah kepada kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...