Wednesday, September 15, 2010

Bloggers...

Kenapa saya buat blog?...actually untuk kepuasan diri sendiri...di samping nak tulis pengalaman2 yang di lalui...terutama pengalaman sebagai seorang ibu... nanti anak2 dah besar bolehlah juga mereka baca apa yang saya sempat coretkan... walaupun tak lah se detail mana pun.. but at least ada lah kan... kalau nak harap tunggu mereka besar then baru saya nak cerita balik ... lambat cerita... hehe... masa tu entah ingat atau tidak... itupun kalau masih ada lagi kat dunia ni... mudah-mudahan juga Allah panjangkan umur saya dan suami supaya kami sempat melihat anak-anak kami dewasa...membina keluarga...

Bagi saya menulis di blog itu hak individu..sekarang ni sesiapa pun boleh ada wab site sendiri.. tak da siapa nak halang...tak perlulah kita dengki2 dengan orang.. blog dia suka hati dia lah nak tulis apa kan...kalau tak suka jangan baca... kalau jeles buatlah juga blog sendiri... janganlah hantar komen yang bukan2 kat orang..tambah dosa je...

Bukan apa...adalah juga orang yang komen kata orang yang ada blog ni syok sendiri...so what???.. puji2 anak dalam blog... pleaselah...itu hak individu.. lagipun sebagai seorang ibu... puji2 anak tu kan doa..tak kan nak keji anak pulak...semua ibu harap yang terbaik untuk anak mereka..semua yang ada sifat keibuan pasti akan melihat baby sendiri sebagai insan ter COMEL di dunia.. tak salah... itulah naluri keibuan yang Allah anugerahkan..

Apa yang saya harapkan semoga nanti Abrisam , Hafiz dan adik-adik (Insya Allah,coming soon)... apabila mereka membaca apa yang saya coretkan... mereka akan tahu betapa pengalaman saya sebagai 'ummi' mereka adalah saat2 yang paling BERHARGA sepanjang hidup saya... saya juga harap mereka akan faham pengorbanan abi dan ummi mereka...

Saya harap mereka akan faham HARAPAN saya dan suami terhadap mereka... semoga anak-anak saya dan rakan-rakan saya akan menjadi SOLEH & SOLEHAH..penyejuk mata, penyenang hati..

Akhir kata...mohon maaf kalau ada yang tidak gemar dengan penulisan saya... anda boleh pilih untuk tidak baca blog saya... kerana saya menulis bukan untuk mendapat pujian sesiapa..


2 comments:

  1. sokong! lagipun siapa lagi nk puji anak sendiri kalau bukan mak ayah nya. takkan lah nak harapkan org lain pulak puji anak kiter kan. as long as kiter xkutuk anak orang lain apsal ada org nak dengki2 bagai kan.

    ReplyDelete
  2. tu lah pasal dear... tak perlulah nak dengki2 kan... tak faham betul ngan orang yang suka dengki2 ni..anak kita sukati kita lah nak puji kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...