Thursday, August 9, 2012

Masalah Semangat Dalam Mendidik Anak Yang Macam Chipsmore

(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


Baru-baru ini saya menjenguk blog saya. Rasanya seperti dah lama saya meninggalkannya. Dah berbulan-bulan dah tidak berupdate. Kalau dulu saya takde website dan facebook untuk di update, takde shopping cart, takde produk order yang bertimbun-timbun untuk diproses dan takde emel-emel dari subscriber untuk dibalas, setiap hari saya tak pernah miss jenguk blog sendiri serta membaca dan membalas komen pembaca dan sebagainya. 

Kini, tidak lagi.. Saya mengaku ada banyak emel yang saya tak dapat balas, maafkan saya tentang keitdaksempatan tersebut. Tetapi percayalah, saya tetap membacanya! Jika dulu setiap hari saya on komputer je, saya akan ke blog, kalau tak update blog sendiri pun, saya akan baca balik apa saya tulis dan kemudian jalan-jalan pergi blog orang lain. Tapi sekarang? Terus terang saya katakan, saya ni sebulan sekali jenguk blog saya  tu pun dah kira oklah! Pernah berbulan-bulan saya tak pernah jenguk blog saya sendiri. Nasib baik blog tu ada lagi, dan tak lari. Hehe..  

Mudah bukan mencipta alasan? Kalau alasan lari fokus dari berblog, saya rasa tak berat sangat dan tiada siapa marahkan kita. Tapi fikirkan jika kita mahu ber'alasan' untuk lari fokus dari mendidik anak ketika didunia ini, boleh kah kita persembahkan alasan-alasan kita nanti di depan Maha Pencipta? Ramai yang berkata mereka bersemangat nak mendidik anak mereka sendiri dengan al Quran setelah membaca blog saya. MasyaAllah banyaknya pahala saya dan saya buat tanpa keluar rumah dan tanpa setitik peluh pun! Alhamdulillah.. Tapi cuma yang saya takutkan semangatnya sekejap je.. 

 Bak kata Ustazah Aishah Hashimee, penulis Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Quran, masalahnya ramai ibu yang semangat mereka nak didik anak-anak dengan al Quran, macam biskut. Kena angin sikit dah lemau.. Atau macam biskut chipsmore.. now you see, now you dont! Kejap ada semangat, kejap hilang semangat. Semoga tak hilang terus.. 

Maafkan saya, sesungguhnya bila menulis tentang ini, saya mengingatkan diri sendiri! Kadang-kadang saya pun jadi begitu bila terlampau letih. Saya juga manusia biasa.. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita sentiasa dikuatkan semangat dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah Allah ini. 

Kalau sesiapa mereka yang tidak berkesempatan untuk ke kursus saya, jangan risau dan jangan jadikan alasan untuk tidak mendidik anak sendiri.. Jika tidak mampu atau tidak berkesempatan untuk pergi kursus, baca je blog saya tu. Ada yang kata mereka dah 3 kali khatam dah. 

Saya kata kalau dah begitu sekali.. dah tak perlulah ke kursus saya dah. hehe.. Ilmu saya itu tidaklah saya sorokkan kerana ianya kepunyaan Allah. Ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang mahu. Cuma kita perlu ingat, kata orang putih.. The hardest part is in the implementation. Berdoalah akan kejayaan. InsyaAllah ia akan jadi milik kita. Tapi percayalah, ianya tidaklah sesusah mana pun. Maka, jemput dan sudi-sudilah ke blog saya tu .: sila klik

Ikhlas dari,

Lina Karim

Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Anak Kita


(Perkongsian email dari sahabat ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


Tajuk saya pada emel kali ini agak menyeramkan? Bukan untuk menakutkan tetapi untuk berkongsi cerita yang saya teringat untuk menceritakannya pada Ummu Abrisam. Setiap kali kursus yang saya adakan, saya berjumpa dengan berbagai latar belakang peserta. Sudah tentu pelbagai cerita tentang anak-anak mereka yang dikongsikan bersama saya. Ada beberapa peserta kursus saya mengadu tentang anak mereka yang terlampau kerap menangis. Ada yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta dan menangis kembali. Terus saya maklumkan padanya, bagi saya  sudah jelas anak tersebut kena gangguan. 
Kebiasaannya ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis. Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya terjadi pada anak mereka!
Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan : 

  1. Adakah matanya melilau melihat sekeliling
  2. Menangis yang tiada air mata,
  3. Menangis seolah seperti di cubit,
  4. Menangis dalam keadaan takut,
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.

Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu  haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.


Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Bukan sahaja untuk bayi, ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang suka bermain atau bercakap seorang diri (sebenarnya dia bercakap bersama 'teman'nya) atau yang telampau nakal.

Kebetulan pula saya berjumpa dengan seorang ustaz hafiz quran yang mempunyai klinik darus syifa'. Setelah berbincang dengan beliau, saya terfikir untuk menjadi pengedar beliau. Maklumlah orang moden macam kita mana nak tau cari ustaz untuk berubat. Kalau anak sakit sikit terus berjumpa doktor. Bila doktor kata anak takde apa-apa pun, kita syak dah tapi tak tahu nak jumpa siapa. Akhirnya bila orang cadangkan perkara yang karut marut kita ikut sahaja sebab tak tahan hati kasihan melihat anak menangis.  Maka, sebab itu saya ambil keputusan untuk membawa produk Kasturi Syifa' ke dalam eshop saya. Ia adalah haruman yang telah di syifa'kan dengan 30 juz al Quran beserta doa-doa pendinding dan lain-lain. Memakai haruman adalah kegemaran Nabi (sunnah). Dari segi saintifiknya ia dapat merangsang deria bau bayi dan kanak-kanak. Menstimulasi mereka melalui deria hidu. Anak saya juga memakainya walaupun mereka tidak mempunyai sebarang gangguan. Untuk melihat produk, boleh klik website ini.

Ikhlas dari,

Lina Karim

Nak Pengsan Rasanya, nak menangis pun ada juga..

(Perkongsian email dari sahabat ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,


Saya ingin bertanya Ummu Abrisam, apakah senario yang diwujudkan oleh seorang ANAK yang menyebabkan IBUnya mengadu ”nak pengsan rasanya, nak menangis pun ada” ? 

Cuba fikirkan..

Saya tidak salahkan Ummu Abrisam jika berfikir yang negatif. Memang ramai berfikiran begitu kerana dunia akhir zaman ini pelbagai cerita disekeliling kita dan di dada akhbar tentang perilaku anak yang tidak sedap di dengar, terjadi di sana-sini.
Sebenarnya ia adalah emel dari salah seorang bekas peserta kursus saya, Puan Sharifah Shuwaidah. Saya copy n pastekan sebahagiannya dibawah ini untuk dibaca semula...

”Semenjak kami memainkan CD al Quran didalam kereta n dirumah, anak saya mula menghafal n kurang tengok TV. Dan yang paling menyentuh hati bila saya cuba hendak menukarkan TV channel, saya ditegur supaya jangan tukar, kerana dia hendak mendengar al Quran!

Alhamdulillah, nak pengsan n menangis pun ada.. Ya Allah, Puan Lina, memang besar pahala Puan dan saya rasa sedikit demi sedikit doa saya dimakbulkan Allah SWT. Anak yang saya maksudkan itu baru berumur 2 setengah tahun
Saya amat2 terhutang budi dengan puan kerana telah banyak menolong saya serta keluarga. Saya harap satu hari nanti saya dapat membalas jasa puan. Kalau tak didunia mungkin diakhirat”

Ya Allah, terima kasih atas ilmuMu. Rasa kerdil diri ini. Saya cuma berkongsi ilmu. Dan hanya Allah yang memilih kepada siapa dan kanak-kanak mana yang akan diberikan "rasa cinta" kepada al Quran itu. Alhamdulillah kanak-kanak diatas itu adalah di antaranya, kerana berkat dari doa ibunya. Rasa terharu saya membacanya. Tak sampai 2 minggu selepas kursus sudah nampak akan kesannya. Semoga Puan Sharifah tetap istiqomah.  Saya ada galakkan kepada semua bekas peserta kursus saya membantu menyebarkan apa yang telah mereka belajar dalam kursus saya dengan kawan-kawan dipejabat, jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Kalau nak lebih pahala lagi, fotostat nota saya tu dan hadiahkan kepada mereka (mungkin kalau re-fotostat ia akan jadi tak berapa terang, tapi takpelah tu).  Untuk penerangan lanjut, boleh minta mereka jenguk ke blog saya di http://www.darwishndarwisya.blogspot.com. 

Ramai juga yang meminta saya untuk mengadakan kursus ditempat lain, tetapi bagi saya belum masanya dengan anak-anak saya yang masih kecil ni. Jadi dengan cara peserta saya menyebarkannyalah yang akan menyebabkan ilmu ini lebih cepat diketahui oleh orang ramai. Dan datanglah pahala itu kepada orang yang menyebarkannya dan juga kepada saya pemulanya dengan izin Allah.. Semoga akan lahir lebih ramai ahli Quran bertebaran di serata muka bumi Allah ini. 


Ikhlas dari,

Lina Karim

Jangan Memandang Rendah Pada Sebuah Doa

(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)

 Assalamualaikum Ummu Abrisam,


 Baru-baru ini saya mendengar keluhan seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan saya, sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya dan sihat, tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Memanglah sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap mahukan lebih. Bagi saya, untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya satu subjek perbincangan yang panjang yang antara senarainya :
  1. Bagaimana berdoa,
  2. Hari mustajab untuk berdoa,
  3. Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa, 
  4. Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
  5. Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan sebagainya. 
Ia bukanlah hanya satu perbuatan menadah tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka sesiapa yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan jangan lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah selepas itu. Contoh mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh menghafal al Quran ketika kecil, anak saya tidak akan menghafal 'dengan tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya' (magic) jika tidak saya berusaha untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan pula berkata jika kita berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Jika kita antara orang yang memerhati, kita dapat lihat betapa ramai orang yang berusaha tetapi gagal. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha tetapi gagal kerana tidak mendapat izinNya.

Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..

Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."

Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Ikhlas dari,

Lina Karim

Anak Remaja Bermasalah,Salah Ibu Bapakah.. Siri 2

(Perkongian Email Dari Sahabat Ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Jika pada emel yg lepas saya bercakap tentang peranan masyarakat terhadap ramaja yg bermasalah.Kali ini saya cuba untuk bercakap kepada ibu bapa kepada anak2 yg bermasalah.

Dan bagi kita yang punya anak2 kecil, sama2 lah kita ambil ikhtibar.

Jagalah anak2 kita dengan  baik bukan dari segi pakaian dan makanan sahaja, tp juga amalan dan imannya, itulah yg lebih penting lg. Mereka juga akan meningkat remaja tidak lama lagi

Betapa jelik dan tidak sanggup kita membaca berita2 seperti ini:
https://www.facebook.com/#!/ SinarHarian/posts/ 100985630042221

Beberapa perkara yang ingin saya titipkan:

1- Terngiang2 dalam fikiran saya kata seorang ustaz memberi respon kepada cemuhan masyarakat kepada anak motivator terkenal yg bermasalah:

"sedangkan dalam setandan pisang pun ada yang buruk, tidak boleh dijamin kesemuanya elok, inikan pula anak2".

Ingatkah kita pada anak Nabi Nuh yang enggan menaiki bahtera IMAN bersama ayahnya?

Adakah ayah yang seorang nabi itu tidak cukup mendidik anaknya sehingga tidak menerima hidayah ALLAH?


2- Mungkin masalah anak remaja ini kerana ALLAH inginkan kita lebih dekat denganNYA dan bergantung denganNYA daripada kita leka dengan kelebihan pada anak2 kita.

3- Sama2lah kita beruasaha mengepung anak2 dengan KEIMANAN DAN AMAL SOLEH serta sentiasa dan terus berdoa semoga ALLAH menjadikan anak2 kita anak2 yg soleh dan menjadi IMAM bagi orang2 yang bertaqwa. AMIN3x
Ikhlas,
Ustaz Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee 
Penulis Bersama Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

Anak Remaja Bermasalah, Salah Ibu Bapakah? Siri 1

(Perkongsian Email Dari Sahabat Ummi)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

Walaupun produk mudahhafalquran kami lebih fokus kepada kanak2, tetapi zaman kanak2 dan remaja itu sangat dekat dan berjiran.

Dan juga saya mendapat banyak emel yg menceritakan tentang anak remaja yang bermasalah. Walaupun saya tidak punya anak remaja lagi, tapi saya punya adik2 dan anak murid dlm usia remaja mereka.

Seperti pada emel yg lepas2 saya pernah nukilkan hadis dari Rasulullah SAW yg bermaksud:

"Remaja adalah cabang dari 'kegilaan' "

Bila anak remaja bermasalah, masyarakat akan menuding jari kepada ibu bapa yg tidak pandai mendidik.

Malahan seringkali terjadi, antara ramai2 anak, semuanya soleh dan berjaya kecuali seorang yang rosak dan bermasalah. Itulah yg jadi buah mulut masyarakat.

Zaman masakini sangat menakutkan dan menggerunkan. Maksiat berada di mana2, di sekeliling kita. Kadangkala jenuh ibu bapa mengepung anak2 dari terjebak dalam maksiat ini, tapi betapa hancurnya hati si ibu bila mengetahui anaknya terlibat juga. Bertambah pedih lagi hati bila masyarakat menyalahkan si ibu yang tidak tahu mendidik anak2.

Dua perkara yg saya ingin sampaikan:

1- Janganlah kita terlalu banyak menghukum dan menuding jari kepada orang, dikhuatiri akan terjadi kepada kita pula pada masa akan datang. Kerana sabda rasulullah SAW:
كما تدين تدان

'Apa yg kamu lakukan kepada orang lain, begitulah kamu akan dibalas'.

2- Ada baiknya kita mendoakan kebahagian dan hidayah kepada mereka ini dari menambah luka yg sedia ada.

InsyaALLAH saya akan sambung lagi pada masa hadapan
 
Ikhlas,
 
 
Ustaz Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee 
Penulis Bersama Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran

 

Kesan Perasaan Takut Pada Anak

(Perkongsian email dari sahabat ummi...)

Assalamualaikum Ummu Abrisam,

 

Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada.. contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN!

Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.

Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad : 
"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)

Apa kata kita  berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang kisah kehebatan orang-orang Islam zaman dahulu..

Juga sebaiknya latih anak untuk menghafal ayatul Kursi dan beritahu mereka akan kuasa dan khasiatnya. Jika bila-bila masa mereka takut, latih mereka untuk membacanya sendiri walau dimana mereka berada. Bukan susah untuk menghafalnya. Kedua dua anak saya boleh menghafalnya pada umur 3 tahun lebih dan saya pasti kanak-kanak lain juga boleh menghafalnya jika mereka dilatih.  

Ikhlas dari,

Lina Karim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...