Pendidikan awal memang
bermula dari rumah. Malah, di dalam kandungan ibu lagi. Sebenarnya,
untuk permulaan kita tidak perlukan kos untuk mendidik anak. Buat
permulaan, kos yang diperlukan hanyalah effort. Itu sahaja. Harus
diingatkan bahawa bagi bayi dan kanak-kanak, mereka belajar sepanjang
masa!
Paling mudah, rajin-rajinlah bercakap dengan bayi
anda. Sambil-sambil menukar lampin, menyusu, mandi, jalan-jalan, mama
perlu rajin berbual dengan bayi. Walaupun anak kecil mungkin belum
memahami perkataan yang diucapkan, namun bunyi-bunyi yang pelbagai itu
adalah satu ransangan yang baik untuk mereka.
Main peek-a-boo.
Semasa bergolek-golek di ruang tamu, tunjukkan mainan kesukaannya. Lepas
tu, sorokkan di bawah blanket. Buat permulaan, biarkan bayi melihat
mama menyorokkan permainan tersebut. Ini akan meransang deria bayi untuk
meneroka blanket tersebut untuk mendapatkan kembali permainannya.
Melihat cermin.
Ini juga satu aktiviti yang sangat berkesan. Bayi biasanya suka melihat
dirinya sendiri. Bayi tidak kenal pun itu ialah dirinya. Tetapi,
mimik-mimik muka dan pergerakan yang meransang pemikirannya.
Lama-kelamaan, setelah dia sedar siapa di dalam cermin itu, permainan
akan menjadi bertambah menarik.
Sentuhan, pelukan, dakapan. Macam iklan minyak baby Johnson's tu. Siap urutan lagi depa bagitau. Kajian mengatakan bayi yang selalu dipeluk akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih berbanding bayi yang jarang dipeluk.
Cukup lah dulu untuk meransang bayi. Next step baru kita gunakan aided tools. Yang paling penting pada masa ini ialah effort orang di sekitar bayi itu sendiri.

No comments:
Post a Comment