Penting Untuk Anak
Kanak-kanak yang sedang
membesar memerlukan nutrisi yang secukupnya. Kadang-kala kita sebagai
orang dewasa akan merasa hairan dengan aktiviti seharian kanak-kanak.
Asyik bermain 24 jam tanpa letih. Benarkah anak anda tidak letih?
Pendapat mama, anak
sebenarnya letih, namun, mereka cuba sedaya upaya mengatasi rasa letih
itu. Rugi jika berhenti sekejap untuk tidur ;)
Jadi, nutrisi seimbang penting untuk membantu mengatasi masalah ini. Di
antaranya ialah :
Kalsium
Kalsium penting untuk
tumbesaran tulang dan gigi. Nmun, kalsium sebenarnya penting untuk
sepanjang hayat. Bagi golongan dewasa, kalsium penting untuk kekuatan
dan kesihatan tulang.
Selain susu, produk tenusu seperti yogurt dan cheese adalah kaya
kalsium. Sumber lain adalah ikan bilis, brokoli, kekacang dan buah
oren.
Vitamin A
Vitamin A penting untuk
kesihatan mata, membantu perkembangan tisu dan sel kanak-kanak. Ia juga
akan meningkatkan daya imun melawan penyakit.
Di antara sumber kalsium adalah telur, carrot dan keledek.
Zat besi
Fungsi zat besi pada kanak-kanak sama seperti fungsinya pada orang
dewasa. Kekurangannya boleh menyebabkan anemia dan mudah letih.
Di antara sumber makanan kaya zat besi adalah daging merah, ayam, ikan
dan kekacang.
Vitamin C
Vitamin C penting untuk
meingkatkan keupayaan salur darah , menyembuhkan luka dan melawan
jangkitan penyakit. Jika anak mempunyai simptom demam atau selesema,
vitamin C boleh dijadikan remedy.
Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Maka, sebarang dos berlebihan
akan di flush terus melalui kencing atau perpeluhan.
Sumber kaya vitamin C adalah oren, buahan sitrus dan strawberri.
Serat / fiber
Penyerapan serat yang berguna akan membantu pergerakan usus dan juga mengelakkan penyakit diabetes.
Sumber kaya serat adalah buah dan sayuran, bijirin dan oat.
Agak-agak, jika anak dapat semua zat nutrisi ni, makin ceria dan aktiflah mereka bermain
No comments:
Post a Comment