Perkongsian email dari Puan Lina...
Salam Ummi Abri,
Dalam emel yang lepas saya ada memaklumkan saya baru berkursus belajar buat website. Bukan sahaja kursus ini malah ada berbagai kursus lagi yang saya rancang bagi menimba ilmu tentang dunia internet. Berhabis banyak jugalah nak mengejar ilmu yang saya rasa ada banyak manfaatnya ini. Sebelum tu, saya ada terbaca majalah yang pelakon tempatan, Wardina, sambung belajar untuk mengambil master. Saya berkata dalam hati, dia mempunyai sifat yang boleh dipuji kerana tidak jemu dengan ilmu.
Saya juga patut mengikuti langkah dia. Tapi rasanya seperti tak termampu untuk sejauh itu bila memikirkan tentang keluarga. (alasan lagi..!) Maka saya buat keputusan untuk buat yang mampu sajalah asalkan tidak putus dari mendapatkan ilmu. Akhirnya saya pilih untuk belajar tentang internet dan dunianya. Saya mempelajari tentang Internet tentang kuasanya untuk menyebar dan mencari ilmu. Ia juga mempunyai keluasan pasaran dunia yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Ini adalah ilmu dunia untuk diri saya sendiri dan ilmu ini akan saya turunkan pada anak-anak saya nanti. Inilah pelaburan untuk ilmu bagi diri sendiri dan untuk mereka.
Tentang ilmu akhirat, saya masih ingat semasa saya baru ingin mula mengajar anak saya mengaji. Ketika itu saya tidak tahu buku/muqaddam apa yang bagus untuk diguna. Alat bantuan apa yang ada di pasaran dan sebagainya. Seingat saya, dalam keadaan serba tidak tahu, saya membeli apa sahaja buku belajar mengaji dari asas. Muqaddam sampai 5-6 jenis. VCD dan DVD yang perlbagai.. Akhirnya untuk Muqaddam, yang saya gunakan hanya 2 jenis. Pemilihan ini saya buat berdasarkan persembahan Muqaddamnya/bukunya atau VCD/DVDnya yang menarik yang anak saya suka dan juga senang untuk mana-mana kanak-kanak menggunakannya.
Semuanya memerlukan wang. Itulah dia pelaburan saya untuk diri saya sendiri dan untuk anak-anak saya.
Saya masih ingat di waktu saya banyak menghabiskan duit untuk membeli bahan mengajar anak saya, kelengkapan dapur untuk menjamu orang datang pun serba kekurangan. Tidak seperti orang lain, jika pinggan nya berbunga purple, mangkuknya, piringnya, tekonya, cawannya, dulangnya pun purple. Sedangkan saya semuanya caca marba, gunalah apa yang ada. Ada yang plastik ada yang kaca, semuanya bercampur. Saya tak marah kalau mereka nak mengata.
Kesimpulannya, melaburlah semampunya untuk ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan anak-anak kita jika kita mahukan mereka berjaya di dunia dan di akhirat.
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment