http://tintacomellote.blogspot.com/2010/05/kaedah-mendidik-anak-7p.html
Kaedah 7P dalam mendidik anak-anak.
1-PERHATIAN
Kaedah 7P dalam mendidik anak-anak.
1-PERHATIAN
Berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get. Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa.
Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang.
2-PUJI DAN PELUK.
Anggap anak org lain seperti anak sendiri, kerana pada hari ini ibu bapa sibuk bekerja, anak2 boleh berbuat dosa di mana-mana mengikut suka mereka sendiri. Alangkah baik jika seperti dulu, mana-mana lelaki dewasa sekampung dapat menjadi bapa ketika anak2 di luar rumah, dapat memberi perhatian dan teguran seperti seorang ayah.
3-PENDIDIKAN.
Pendidikan pula terbahagi kepada 3 A
1-Akademik 2-Agama 3-Akhlak. Elakkan dari pendidikan tidak seimbang, menjadi org akademik yang tiada agama atau orang agama yang tiada akhlak.
Ajar anak kita ketika mendapat sesuatu dari kita ucapkan "terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih Allah". Anak2 perlu diajar, jgn biarkan mereka terus terusan kurang ajar. Jgn biarkan anak2 meminta2 duit raya, jgn biarkan mereka memaksa ibu bapa membeli handphone mahal, membeli motor dll sehingga ibu bapa terpaksa mencari duit lebih atau menipu/tidak jujur dengan syarikat bagi memenuhi kehendak anak. Ajar/didik anak ikut zamannya, dapatkan skill2 parenting yang baru.
Utk mendidik akhlak, ajar dengan sabar, hormati ibu ayah, tunjukkan cara bercakap yg baik, tunjukkan cara mendengar yg baik, puasa isnin khamis, bangun malam bersama anak2.
4-PUJUK.
Pujukan dapat meredakan kesedihan dan kekecewaan di hati anak-anak malah sesiap sahaja. Dengan pujukan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak. Pujukan membuatkan anak-anak mendapat perhatian daripada ibubapa mereka.
5. PUKULAN
Pukul jika anak buat salah dengan niat untuk mendidik dan pukulan itu mestilah selepas anak diberitahu apa kesalahan mereka dan bukan sewaktu kita dalam keadaan marah akibat perbuatan mereka.
6-PENGHARGAAN.
Penghargaan dan pujian apabila anak melakukan perkara yang disenangi. Ini dapat meransang anak mengulang perbuatan itu lagi.
7-PERIKSA (MUHASABAH).
Muhasabah setiap tindak tanduk kita perbuatan kita yang bakal dijejaki oleh anak-anak. Ibubapa perlu menjaga adab dan tingkah laku sebelum mengajarnya kepada anak-anak.
Sumber Tanyalah Ustaz TV9 yang diemail oleh seorang sahabat.
No comments:
Post a Comment