Bismilahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Ummu Abrisam.
Kami doakan semoga dalam rahmat ALLAH.
Jika Ummu Abrisam sudah menonton video ini http://youtu.be/O_3B0muEB4A
tentu terfikir-fikir, adakah anak Ummu Abrisam juga mampu melakukan sedemikian pada usia 3 tahun??
Kali ini saya ingin kongsikan antara gelagat Abdul Rahman menghafal Surah Al-Fatihah ketika baru berusia SETAHUN SETENGAH.
Ketika itu saya tidak menyangka dia akan dapat menghafal AL-quran dengan baik apabila berumur 3 tahun.
Mungkin Ummu Abrisam akan gelak besar bila melihat keletah video Abdul Rahman menghafal ketika usia setahun setengah
( http://youtu.be/b5dcWzR04Dg ), namun itulah realitinya:
1- Kanak-kanak sangat suka bermain.
2- Kanak-kanak tak boleh duduk diam.
3- Kanak-kanak tak boleh beri perhatian.
Kerana itulah kaedah yang digunakan untuk mendidik kanak-kanak menghafal AL-Quran dalam ebook ini tidak langsung mengganggu dan membunuh masa bermain kanak-kanak. Yang penting ibu bapa perlu terus cekal berusaha mendidik anak-anak menghafal AL-Quran.
Kami doakan semoga ALLAH permudahkan urusan dalam mendidik anak-anak Ummu Abrisam dengan AL-Quran.
Amri Mohd. Nason & Aishah Hashimee
Penulis bersama 'Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran'
==========================
No comments:
Post a Comment