Tuesday, June 28, 2011

Kanak-kanak Masa Kini ‘Berkulit Nipis’



http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/kanak-kanak-masa-kini-berkulit-nipis


Ibu bapa merupakan ‘designer’ buat anak mereka. ‘Designer’ yang mencorakkan batik pasti menghasilkan batik, yang melukis alam cakerawala, pastilah itu juga hasil akhirnya. Tidak mungkin akan menghasilkan sulaman atau pemandangan laut.

Anak juga adalah cerminan ibu bapa. Setuju atau tidak? Sekiranya ditolak dengan faktor persekitaran, sosial, dan apa saja di sekelilingnya, maka benar, anak adalah cerminan ibu bapa. Kanak-kanak zaman sekarang ‘berkulit nipis’ berbanding kanak-kanak zaman lampau. Lihat saja bagaimana ayah atau ibu kita dibesarkan. Dari kecil diperkenalkan dengan rotan, ancaman dan hukuman.

Sekiranya tidak pulang sebelum jam 7 malam selepas keluar bermain, pasti dihukum samada ditinggalkan di luar rumah, dikunci, ataupun dirotan. Dan mungkin juga anak itu dimarah habis-habisan. Maka, anak akan ingat, sebelum gelap, pasti balik, jika tidak ayah atau ibu pasti melakukan tindakan yang mngerikan itu. Kulit mereka tebal, hati mereka kental. Dengan persekitaran yang tidak seperti sekarang, ibu bapa zaman lampau lebih mudah mengendalikan anak mereka dengan ancaman dan hukuman.

Namun, zaman sekarang begitu berbeza. Sistem demokrasi diperjuangkan habis-habisan. Sekiranya ada hak yang tidak ditunaikan, maka tuntutan yang dibuat amatlah bersungguh-sungguh. Menolak terus penindasan merupakan sikap masyarakat sosial masa kini. Maka, kanak-kanak zaman sekarang lebih mudah memberontak sekiranya digertak. Apabila dimarahi, pasti bertindak agresif atau terus pasif.

Maka, keadaan ini harus kita terima sebagai ibu yang inginkan anaknya tercorak dengan baik. Bukan Mudah memahami karakter kanak-kanak yang unik ini. Sesuatu masalah yang timbul pasti berpunca di rumah dan penyelesaiannya juga pasti di rumah.

Anak-anak yang sentiasa diancam hukuman dan ancaman, pasti merasa tidad tenang ketika bersama ibu bapa di rumah. Lihat saja anak kecil yang sedang berkembang. Umur dua tahun sudah mula melompat sana-sini. Apabila lompat dari katil ke lantai, dari sofa ke karpet, dari anak tangga ke anak tangga, para ibu terutamanya, pasti memarahi dengan sungguh sekali. Kerana takut anaknya tercedera. Takut anaknya jatuh. Sehingga larangan itu akhirnya disusuli dengan ancaman sekiranya kanak-kanak tersebut masih meneruskan aktivitinya.

Ayuh para ibu bapa, masa mereka berkembang dan membesar, biarkan mereka membesar dan bekembang seoptima mungkin. Jangan sampai disebabkan kita, perkembangan mereka terencat. perkembangan emosi mereka terganggu dan merasa tidak selamat di rumah. Maka dipilihnya luar rumah untuk setiap aktivitinya. Jangan sampai anak kita menjauhi kita hanya kerana emosi kita dan juga kesalahan kita yang sering berulang.

Fikirlah dengan matang, tanamlah kepercayaan sepenuhnya pada anak kita bahawa mereka lebih selamat berada bersama kita di rumah dan di mana-mana, bukan merasa tidak tenteram dan takut...

Emosi Kanak-Kanak : Marah



http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/emosi-kanak-kanak-marah

Jom kenali anak kita…

Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur. Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan tetapi, apabila usianya bertambah dan gerakan-gerakan dapat dikuasainya, kekuatan otok serta bahasanya mulai subur, maka kita akan mendapati emosi-emosi marah itu mula bertambah.

Maka, di sini ada factor-faktor terbentuknya emosi marah.

  1. Mengkritik kanak-kanak
  2. Memarahinya
  3. Mengintai-intai kesalahannya
  4. Membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain
  5. Membebaninya dengan pekerjaan atau arahan yang berat
  6. ‘Masuk campur’ urusan dan kegiatan yang sedang dijalankannya tanpa hemah

Goodenough (Anger In Young Children) telah menjalankan beberapa kajian terhadap sebilangan kanak-kanak (45 orang). Ibu-ibu bagi kanak-kanak tersebut diminta supaya mencatat kemarahan kanak-kanak mereka stiap hari dalam jangka masa 2 – 4 bulan.

Dalam kajian ini ternyatalah bahawa ¾ daripada sebab kemarahan kanak-kanak yang berumur hingga 3 tahun adalah berjalan di sekitar perhubungannya dengan kedua ibu bapanya, dan saudara-saudaranya termasuklah penguasaan ke atas gerak geri kanak-kanak, arahan kepadanya, serta sesuatu yang berkaitan dengan menidurkannya, waktu makan, atau mengarahkannya melakukan adat-adat kesihatan yang berhubung dengan mandi, buang air, membersihkan gigi, menyikat rambut ataupun memaksanya membuat pekerjaan di dalam rumah.

Cara kanak-kanak menggambarkan emosi marah itu adalah berlainan disebabkan umur yang berbeza. Melalui kajian ini, hamper 90% daripada reaksi marah kanak-kanak di tahun pertama merupakan tenaga tanpa arah (undirected energy)

  1. Meraung
  2. Mencampakkan diri ke lantai
  3. Menendang dengan kedua belah kaki
  4. Menggigit
  5. Melompat

… nisbah ini menurun kepada 40% ketika kanak-kanak ini mencapai usia 4 tahun.

Reaksi kanak-kanak empat tahun, lainlah pula. Antaranya

  1. Membangkang
  2. Menggunakan perkataan-perkataan dengan tujuan mengugut

Manakala marah yang dilahirkan dengan cara menuntut bela hampir tidak ada pada kanak-kanak dalam tahun yang pertama. Namun ketika umurnya empat tahun, cara ini mula ditunjukkan.

Maka, ibulah yang paling mengenali anaknya. Berlakulah sebaiknya kepada anak kita. Kerana itulah yang bakal ditonjolkan oleh mereka.

Fitrah, Anak dan Marah!


http://anakkusayang.com/blog/sembang/fitrah-anak-dan-marah

Nabi berpesan, setiap anak lahir di dalam keadaan fitrah ibarat kain putih, terpulang kepada kedua ibubapanyalah bagaimana mereka akan dicorakkan nantinya. Seorang ibu dan ayah yang baik akan sedaya upaya mencorakkan anaknya menjadi seorang anak yang baik juga.

Begitu juga sebaliknya. Apakah salah seorang anak, apabila semua yang diketahuinya, semua yang dipelajarinya, semua itu datang daripada rumahtangga yang porak peranda?

Biasanya apabila anak membuat kesalahan, yang akan disalahkan adalah peribadi anak tersebut, sedangkan dari mana dia belajar, siapa yang mengajar jarang dipersalahkan.

Anak-anak akan sentiasa lahir di dalam keadaan suci, tidak mengerti apa-apa, ibarat kain putih, maka apabila kain tersebut dikotori oleh lumpur, apakah kain itu yang bersalah?

Anak-anak sentiasa akan melakukan kesilapan, kerana mereka seorang anak, masih belum mampu berfikir, mahupun bertindak dengan baik. Itu fitrah mereka. Apakah “marah” merupakan jalan keluar yang baik? Adakah kita mahu mengajarkan kepada anak kita yang seandainya anda mahu orang lain mengikuti apa yang anda inginkan, maka anda hanya perlu “marah”.

Itukan “corak” yang dilukis pada “kain” mereka?.

Kita kan merupakan ibu dan bapa, bukan orang gaji, kita bukan ingin menjaga anak dengan cara yang paling “senang”, kita mahu mendidik anak dengan cara yang paling “betul”.

Friday, June 24, 2011

Biarkan Anak Belajar...



http://anakkusayang.com/blog/aktiviti-anak/biarkan-anak-belajar

Bismillahwalhamdulillah…

Dalam topik lepas, Siapa Mendidik Anak Anda?, saya ada menyebut bahawa ramai para ibu bapa yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menaja pendidikan anak baik di rumah ataupun di sekolah. Ada juga yang membeli set-set pembelajaran yang berharga ratusan juga ribuan ringgit.

Sedangkan para ibu bapa sesetengahnya terlupa bahawa terdapat satu sisi pendidikan yang hanya memakan sejumlah wang yang tidak sampai sepuluh ringgit pun yang membolehkan seorang anak berkembang secara optima malah dengan inisiatif dan kesungguhan anak itu sendiri. Sehingga ada di antara para ibu bapa yang memnghambat pertumbuhan dan perkembangan anak itu secara alami. Anda masih kurang jelas kan? Lebih baik saya memberi keadaan yang realiti. Sebagai contoh:

Seorang anak sedang bermain dengan tape pelekat. Kemudian ditariknya panjang-panjang dan dilekatkannya di merata-rata. Dengan sungguh-sungguh dan tekun sekali perlakuannya itu. Apabila ibunya tersedar, apa yang diperlakukan ibunya adalah ‘naik angin’ atau melenting dengan emosi sekali. Kerana apa yang anaknya lakukan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya tidak boleh.

Apa yang berlaku sekiranya hal ini berlaku?

1. Anak tersebut tidak belajar tentang sebab dan akibat sesuatu perbuatan

2. Anak tersebut belajar menangani sesuatu secara emosi bukan akal yang waras

3. Anak tersebut merasakan bahawa ibunya tidak senang dengan ‘eksperimennya’ pada hari itu

4. Anak tersebut tidak dapat mengetahui secara tepat penggunaan pita pelekat

5. Anak tersebut mula terasa putus asa untuk belajar kembali

Dan banyak lagi…

Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun. Banyak perlakuannya yang ibu bapa rasa seperti tidak wajar untuk anak itu lakukan.

Sebenarnya, memang tidak wajar hal itu dilakukan oleh orang dewasa, namun wajar sekali bagi yang bergelar kanak-kanak. Cuba bandingkan harga tape itu dengan harga satu set pembelajaran. Anak-anak belajar dengan mengeksperimen dan mencuba segala-galanya. Usahanya jangan dihalang, dan kreativitinya jangan dipertikai. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa adalah menggalakkannya untuk belajar dan berusaha lagi, dan tunjukkanlah jalan yang sebenar menggunakan sesuatu alat. Barulah anak dapat belajar dengan optima.

Sekarang, jelas bukan??? Pendidikan tidak formal yang diusahakan sendiri oleh anak itu adalah pendidikan alami yang tidak perlukan belanja yang tinggi. Maka sekali lagi saya menyeru diri saya dan semua ibu bapa untuk mendidik anak secara optimis dan tidak menggunakan emosi berlebihan. Wallahua’lam.

Mendidik Anak Dengan Cinta



Perkongsian yang ummi dapat daripada web di bawah :

http://anakkusayang.com/blog/kisah-keluarga/mendidik-anak-dengan-cinta


“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”

“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”

“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”

“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”

“Ok, Abdullah lap”

“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”

“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”

Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.

Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.

Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.

Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?

Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.

Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”

“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”

“Abi kenape abi solat?”

Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.

“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”

Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :

1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.

2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.

3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.

Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.

Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.

Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.

Jadilah Ibu Bapa Bijak!

(sekadar gambar hiasan..my eldest son...)

Sekadar perkongsian ...sumber dari web di bawah :

http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/jadilah-ibu-bapa-bijak

Semua bayi yang lahir adalah genius.

Semua bayi yang lahir adalah berkebolehan.

Semua bayi yang lahir adalah hebat.

Akan tetapi, semua Bayi yang lahir bukanlah bijak secara kebetulan. Jika kita pernah mendengar kehebatan kanak-kanak yang pandai bermain piano pada usia 3 tahun, cekap dalam bermain chess, bijak dalam kelas dan sebagainya. Semua itu bukan berlaku secara kebetulan.

Akan tetapi, kebolehan bayi sebenarnya jauh lebih hebat daripada orang dewasa. Apabila bayi sering mengikuti perbincangan-perbincangan ibunya mengenai pembelajaran bagi ibu yang masih belajar, sebenarnya bayi anda sedang menyerap apa yang didengarinya. Apabila bayi anda mendengar alunan ayat al-quran, sebenarnya bayi anda sedang membina bait-bait perkataan dalam Al-quran. Cuma mereka tidak dapat bercakap dan tidak dapat berinteraksi membuatkan kita nampak bayi tersebut seperti tidak mengerti apa-apa. Sebenarnya mereka sangat genius!

Saya pernah menerima satu soalan, mengapa anaknya tidak mahu duduk ketika ibunya sedang ajarnya membaca.

- Bayi suka belajar. Sangat suka belajar, terutamanya sesuatu yang baru.

- Cara pembelajaran bayi atau kanak-kanak tidak sama dengan cara pembelajaran orang dewasa.

  • Anak kecil takkan duduk untuk hanya mendengar apa yang kita cakap.
  • Baby Genius berkomentar, ketika penulis sedang membaca buku kepada anaknya, anaknya sedang bermain, tidak fokus mendengar. Sampai suatu ketika, penulis berhenti membacakan buku tersebut. Kemudian anaknya mengarahkannya untuk sambung lagi cerita dari buku itu. Apabila ditanya tentang cerita yang dibacakan ketika anaknya asyik bermain, anaknya dapat menceritakan peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam cerita tersebut.

- Mereka mampu belajar seawal kelahiran mereka walapun belum boleh berbicara.

Wednesday, June 22, 2011

Berkomunikasi dengan anak



by Ibubapa Cemerlang on Thursday, July 15, 2010 at 12:25pm


Apabila berkomunikasi dengan anak, perlu dijaga keseimbangan antara:
1. Bercakap (The way we talk)
2. Mendengar (The way we listen)


Kebiasaan ibubapa ketika bercakap dengan anak:-
1. sentiasa menyalahkan anak (Blaming)
2. mengadili atau menghukum (Judging)
3. asyik mencerita kisah dulu-dulu…"ayah dulu…." (Historizing)
4. merasa diri paling tahu untuk memberi nasihat (Advising)
5. memaksa anak mengikut kehendak ibubapa (Imposing)


Kebiasaan ibubapa ketika mendengar:-
1. mengabaikan, tidak menganggap penting (Ignoring)
2. berpura pura mendengar (Pretending)
3. hanya mendengarkan apa yang ingin didengar (Selected listening)
4. mengabaikan perasaan anak (Invalidating)
5. lebih fokus kepada apa yang akan dibicarakan (Self centered listening)


Menurut survey yang dibuat oleh Institute For Youth Development, masalah terbesar ibubapa adalah tidak berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dengan anaknya. Kemahiran komunikasisebaiknya diperbaiki sebelum anak berusia 19 tahun.

Kedua ibu dan bapa jangan saling menyalahkan sesama sendiri di hadapan anak ketika anak berbuat salah. Sikap berpihak atau menyebelahi anak samada ayah atau ibu akan menggalakkan anak untuk mencari pembelaan kepada pihak yang menyebelahinya.Ibubapa hendaklah menahan diri dari cepat menyalahkan anak sebaliknya mendengar dengan teliti apa yang akan diperkatakan oleh anak.

Anak lebih suka berterus terang dengan teman sebaya daripada ibubapanya karena teman biasanya lebih memahami dan lebih mendengar keluhannya sehingga dia merasa lebih senang dan selesa. Ibubapa perlu cuba memahami jiwa anak-anak supaya anak-anak tidak segan silu untuk 'open up' segala masalah yang mereka hadapi.


Ibubapa jangan terlampau mudah menyerah (never give up !). Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Jika ternyata masalah itu berpunca dari ibubapa, jangan ada perasaan malu untuk mengaku di hadapan anak-anak. Tiada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan sekalipun kita sebagai ibubapa.

Menghargai dan menghormati anak-anak akan memotivasi anak ke arah yang lebih baik. Bagi ibubapa yang bersikap dominant, hentikan segera sikap bossy, asyik mengarah itu dan ini sebaliknya memberi galakan kepada anak-anak dengan sopan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...