Wednesday, February 29, 2012

Menghadapi Kerenah Anak


Nazatul Shiha
Untuk ibu - ibu muda, kadang kita merasa lelah melihat ragam si anak yg seorang itu. Kadang merasa riang melihat keletahnya yang manja dan comel. Jadi, bila anak meragam, cepat - cepat kenangkan keletahnya yang comel, insyaAllah kurang rasa geram di hati :). Anak - anak juga ada pasang surutnya. Kalau kita meletakkan expectation yang terlalu tinggi, kelak nanti kita yang rasa frust. Kalau nak kurangkan rasa frust dalam mendidik dan mentarbiyah anak - anak, maka turunkan skala expectation kita terhadap mereka. Berilah mereka peluang untuk membuat salah dan sabarkan diri kita ketika menegur dan mengajar mereka. Biarlah jika seribu kalipun kita terpaksa menegur dan mengajar. InsyaAllah, mereka akan lebih menghargai setiap didikan kita :)
Ummi copy paste ayat kat atas tu daripada FB rakan Ummi.... 
untuk peringatan ummi...memang kadang2 ummi rasa letih sangat..
balik kerja...then anak meragam...
kadang tu stress dan rasa nak marah pun ada...
tapi kalau ummi fikir balik....

 kesian anak ummi..
dah lah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tak de bersama ummi.... 
masa nak minta perhatian, nak bermanja ummi pula tengah
 moody sebab letih bekerja seharian.... 
sekarang ni ummi cuba sedaya upaya supaya 
spend kualiti time bersama anak... 

walaupun sekejap tapi at least anak 
merasa juga diri mereka di sayangi...
Rasa bersalah sangat dengan anak-anak...
harap suatu hari nanti mereka faham kenapa
 ummi perlu bekerja instead 
of duduk rumah jaga mereka sepenuhnya...

Ya Allah bantulah aku menjadi ibu yang baik...jadikanlah anak ku anak yang soleh , hafal Al-Quran, cemerlang dunia lagi-lagi akhirat...Ameen

Abrisam yang peramah....


Semalam masa ummi, Abrisam dan Hafiz ke market MDS, dalam kereta tu, Abrisam beritahu ummi :

Abrisam : Ummi, nun kat motosikal kawan abang ya..

Ummi : Sapa nama?

Abrisam : Sik tauk lah...sama sekolah abang ya...nya ngan bapaknya kali ya...

Teruslah Abrisam keluar kepala kat tingkat kereta ....

Oi..oi... (ada kah panggil kawan macam tu)... kmk ada aik...tapi sigek jak...esok aku sekolah... (apalah bahasa anak ummi ni...ROJAK sungguh !!!) - yang kawan tu senyum2 je... pandai jugalah anak ummi ni berkawan rupanya....hehe

Masa on the way balik...

Abrisam : Ummi, best sekolah, banyak kawan..happy abang...

Ummi pun senyum je lah.... Alhamdulillah ummi tumpang happy kalau anak ummi happy.... tak nak lah dia stress2 kan....nampaknya keputusan ummi hantar Abrisam sekolah awal tak salah.. memang ummi nak dia belajar bergaul...pandai berkawan-kawan...

Tuesday, February 28, 2012

Happy Holiday...








Masa ummi tak keja dapatlah ummi bawa anak-anak ummi keluar bersiar-siar... kesian pula kalau asyik berperap di rumah je....sesekali nak juga kan keluar jalan-jalan...

Lagipun isnin - jumaat ummi kerja so masa cuti je dapat bawa anak-anak jalan... taklah dua beradik ni boring sangat...

Uniform Friday


Hafiz...main jangan tak main...kejap lagi kita ke rumah pengasuh ok...





Hafiz yang setia di sisi abang nya...

Ni adalah uniform untuk hari jumaat...warna hijau kuning...

Anak Ummi Yang Manja...




Ni gambar 17.02.2012 (Jumaat)...Actually lama dah Abrisam tak nangis @ sedih nak sekolah...selalunya excited je...tapi pagi ni dia sedih sikit coz abi datang jenguk kat sedidik... so dia nak ikut abi ke office... biasalah feveret dua beradik ni lepak kat office abi...

Tak pasal2 cikgu terpaksa dukung anak ummi pagi ni...manja lah pulak...tetiba je..

Friday, February 24, 2012

Jum Breakfast...


Terkejut ummi.... ada frog dalam kocek baju Hafiz...alahai anak ummi.... ambil dari tadika sedidik lah tu...


Budak ni kalau mee goreng memang buah hati dia....feveret gitu... makan memang guna tangan je... comot nya lah anak ummi ni...

Kali ni breakfast hanya ummi, abi dan Hafiz je....Abrisam kan sekolah...

Wednesday, February 22, 2012

Amalan Rasulullah Sebelum Tidur

1. Bersihkan Tempat Tidur

2. Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur


3. Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2. Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.

Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :

“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3. Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan

“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”

Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.

Source: http://www.imamudasyraf.com

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


  1. Khatam Al Qur’an
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

- MAFHUM DARI HADIS

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur

http://myibrah.com/didik-anak-sebelum-selepas-tidur

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.

( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,

Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.

Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.

Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?

Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.

Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,

Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.

Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/


Tuesday, February 21, 2012

Hadiah paling berharga adalah Aqidah

Dimurojaah oleh: Ustadz Subhan Khadafi

Fasa kanak-kanak merupakan tempat yang subur bagi pembinaan dan pendidikan. Masa kanak-kanak ini cukup lama, di mana seorang pendidik mampu memanfaatkan waktu yang cukup untuk menanamkan dalam jiwa anak, apa yang dia kehendaki. Jika masa kanak-kanak ini dibangun dengan penjagaan, bimbingan dan arahan yang baik, dengan izin Allah subhanahu wata’ala maka kelak akan tumbuh menjadi kukuh. Seorang pendidik hendaknya memanfaatkan masa ini sebaik-baiknya. Jangan ada yang meremehkan bahwa anak itu kecil.

Mengingat masa ini adalah masa emas bagi pertumbuhan, maka hendaknya masalah penanaman aqidah menjadi perhatian pokok bagi setiap orang tua yang peduli dengan nasib anaknya.

Penanaman Aqidah
Aqidah islamiyah dengan enam pokok keimanan, yaitu beriman kepada Allah subhanahu wata’ala, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhir, serta beriman pada qadha’ dan qadar yang baik maupun yang buruk, mempunyai keunikan bahawa kesemuanya merupakan perkara ghaib. Seseorang akan merasa hal ini terlalu rumit untuk dijelaskan pada anak kecil yang mana kemampuan berfikir mereka masih sangat sederhana dan terbatas untuk mengenali hal-hal yang abstrak.

Sebenarnya setiap bayi yang lahir diciptakan Allah subhanahu wa ta’ala di atas fitrah keimanan.
Allah berfirman dalam QS. Al Α’rof: 172 yang ertinya,

“Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) ‘Bukankah Aku ini Rabb-mu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau Rabb kami), kami menajdi saksi.’ (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Allah).’”

Adalah bahagian dari karunia Allah subhanahu wata’ala pada hati manusia bahwa Dia melapangkan hati untuk menerima iman di awal pertumbuhannya tanpa perlu kepada argumentasi dan bukti yang nyata. Dengan demikian, menanamkan keyakinan bukan dengan mengajarkan ketrampilan berdebat dan berargumentasi, akan tetapi caranya adalah menyibukkan diri dengan al Quran dan tafsirnya, hadits dan maknanya serta sibuk dengan ibadah-ibadah. Kita perlu membuat suasana lingkungan yang mendukung, memberi teladan pada anak, banyak berdoa untuk anak, dan hendaknya kita tidak melewatkan kejadian sehari-hari melainkan kita menjadikannya sebagai sarana penanaman pendidikan baik itu pendidikan aqidah maupun pendidikan lainnya.

Teladan Kita
Jika kita perhatikan para rasul dan nabi, mereka selalu memberikan perhatian yang besar terhadap keselamatan aqidah putera-putera mereka. Perhatian nabi Ibrahim, diantaranya adalah sebagaimana terdapat dalam firman Allah subhanahu wata’ala yang artinya:

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaqub. (Ibrahim berkata): Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama islam.” (QS. Al Baqarah: 132)

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Rabb-ku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari menyembah berhala-berhala.” (QS. Ibrahim: 35)

Demikian juga Lukman mempunyai perhatian yang besar pada puteranya sebagaimana wasiatnya yang disebutkan dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala yang ertinya:

“(Luqman berkata): Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” (QS. Luqman: 16)

“Dan (ingatlah) ketika luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (QS. Luqman: 13)

Sejak Masih Kecil
Perhatian terhadap masalah aqidah hendaknya diberikan sejak anak masih kecil. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasalam memberikan perhatian kepada anak-anak meski mereka masih kecil. Beliau membuka jalan dalam membina generasi muda, termasuk diantaranya Ali bin Abi Thalib yang beriman kepada seruan nabi ketika usianya kurang dari sepuluh tahun. Begitu juga dalam menjenguk anak-anak yang sakit pun beliau memanfaatkan untuk menyeru mereka kepada Islam yang ketika itu di hadapan kedua orang tua mereka.

Kita juga melihat bagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam mengajarkan permasalahan aqidah pada Ibnu Abas radhiyallahu ‘anhu yang pada saat itu dia masih kecil. Imam Tirmidzi meriwayatkan hadits dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwa ia berkata: Pada suatu hari saya pernah membonceng di belakang Rasulullah lalu beliau bersabda, “Wahai anak muda, sesungguhnya aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, niscaya Dia juga akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya engkau akan mendapati-Nya ada di hadapanmu. Apabila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Ketahuilah, andaikan saja umat seluruhnya berkumpul untuk memberikan kemanfaatan kepadamu mereka tidak akan bisa memberikan manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaikan saja mereka bersatu untuk menimpakan kemudharatan terhadapmu, mereka tidak akan bisa memberikan kemudharatan itu terhadapmu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembar catatan telah kering.”

Jika para teladan kita begitu perhatian dengan anak-anak sejak mereka masih kecil, maka sangat mengherankan jika kita membia ccrkan anak-anak kita tumbuh dengan kita biarkan begitu saja terdidik oleh lingkungan dan televisi.

Masih banyak kita dapati bahwa oleh banyak orang, anak kecil dianggap tidak layak untuk diberi penjelasan mengenai Al Quran dan maknanya, dianggap tidak berhak untuk diberi perhatian terhadap mentalitasnya. Terkadang dengan berdalih “Kemampuan berfikir anak kecil masih sederhana, maka tidak baik membebani mereka dengan hal-hal yang rumit dan berat. Tidak baik membebani anak di luar kesanggupan mereka.” Atau kita juga banyak mendapati ketika anak terjatuh pada kesalahan-kesalahan, mereka membiarkan begitu saja dengan berdalih “Ah… tidak apa-apa, mereka kan masih kecil.”

Dalih yang disampaikan memang tidak sepenuhnya salah, namun sayangnya tidak diletakkan pada tempatnya. Wallahu a’lam.

Maroji’: Manhaj At-Tarbiyyah An-Nabawiyyah lit-Tilf (terj. Mendidik Anak Bersama Nabi)
*** Artikel www.muslimah.or.id


Anak anda bosan?


“Permudahkanlah dan jangan mempersulit, besarkanlah hati dan jangan membuat orang lari”(HR Bukhari), suatu hadith yang menjadi asas kepad kaedah berdakwah (atau nama lainnya mendidik manusia). Imam Nawawi kata, “Kalau Rasulullah SAW cuma mengatakan permudahkanlah, bermakna orang boleh mempermudah sekali sekala akan tetapi sering menyusahkan. Kerana itu baginda menyambung dengan perkataan dan “jangan lah mempersulitkan”.

Teguran ini Baginda SAW sematkan bagi semua orang yang ingin membawa islam. Kaedah fiqh dakwah dalam mengajak orang kepada islam adalah memudahkan, memberi, menyenangkan hati mereka, menghibur mereka, dan dilakukan dengan lemah-lembut.

Dalam mendidik anak, ingat mereka mudah jemu kalau aktiviti pembelajarannya terlalu berat. Permudahkan silibus bagi mereka. Jadikan pembelajaran waktu bergembira. Jangan terlalu dipaksa-paksa, akan tetapi timbulkan keinginan untuk anak belajar kerana diri mereka yang memilih untuk belajar.

Dan satu lagi tips adalah :

“Nabi pernah menyediakan waktu kepada kami untuk memberi nasihat dalam beberapa hari, kerana khawatir kami akan menjadi bosan.”(HR Bukhari)

Nabi sendiri tidak terlalu kerap dalam mendidik para sahabatnya, kerana risau sahabatnya akan menjadi bosan. Itu perbuatan seorang yang diajarkan terus oleh Allah SWT kaedah paling baik mendidik manusia, pun risau orang akan bosan, apatah lagi kita yang cuma punya sedikit ilmu, dan seorang anak yang masih belum sempurna pemikirannya, bagaimana agaknya anak kita menerima didikan kita?

Imam Bukhari ada meletakkan satu tajuk di dalam kitabnya yang berbunyi “Boleh meninggalkan perbuatan sunat jika khuatir menimbulkan rasa bosan dan terbengkalainya hak-hak yang semestinya ditunaikan.”

Jangan terlalu kerap memberi nasihat (mengajar anak, mendidik anak, berleter, marah, semua terangkum dalam istilah ini), jangan terlalu lama, dan jangan terlalu bersikap keras dalam memberikannya.Sebaik-baik pendidikan anak adalah yang membangkitkan kebaikan itu datang dari dalam diri anak sendiri, bukannya dipaksa-paksa.

Siapa Mendidik Anak Anda?

Bismillah, walhamdulillah…

Saya terpanggil untuk menulis tentang pendidikan anak kerana telah banyak persoalan dan juga keadaan yang saya lihat amat mengecewakan saya… hal ini kerana, pendidikan anak yang banyak digunakan oleh kaum ibu bapa seringkali menemukan kegagalan.Walaupun saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang berjaya dan teknik mereka memang perlu dijadikan contoh.

Sedarkah para ibu bapa sekalian, apakah tujuan utama kita melahirkan anak atau seorang insan yang tidak mengerti itu? Adakah semata-mata ingin mendapatkan zuriat dan akhirnya hasil zuriat itu telah merosakkan masyarakat sosial dan negara.

Saya tertanya-tanya, mengapa ramai ibu bapa menghabiskan banyak duit untuk pendidikan anak mereka semata-mata, namun hasilnya, mereka menjadi lebih liar, bukan lebih bijak. Dalam hal ini, mari kita sama-sama mengkoreksi diri kita sebagai ibu bapa. Elakkan mencari kesalahan orang lain. Lihatlah apa yang telah kita perbuat untuk anak kita.

Satu kesalahan para ibu bapa dalam member pendidikan kepada anak adalah, melepaskan tanggungjawab pendidikan secara total kepada guru di sekolah, tadika atau taman asuhan. Maka, tiada gunalah penulisan saya di sini sekiranya pendidik utama anak-anak adalah orang asing iaitu bukan ibu bapa sendiri.

Melepaskan tali untuk kesenangan para ibu bapa bukanlah pilihan yang baik. Malah dapat menghambat atau menghalang langsung perkembangan optimal si anak. Ingatlah bahawa, pendidikan awal bermula di rumah. Tanggungjawab seorang ibu bukanlah membebankan, namun ia adalah anugerah dan juga nikmat. Tanyalah sendiri kepada para ibu bapa yang Berjaya dengan susah payah membesarkan anak-anak. Itulah kepuasan yang tiada tandingan.

Yakinlah bahawa usaha mendidik anak adalah usaha mulia dan bukan suatu yang menjelekkan apatah lagi menghinakan. Saya menyeru para ibu bapa khususnya dan juga bakal ibu bapa umumnya untuk mengembangkan potensi diri dalam mengasuh dan mendidik anak.

Ulasan Buku – Jadikan Rujukan Dalam Mendidik Anak

Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak itu seringkali diukur melalui aspek akademiknya di sekolah. Keluhan demi keluhan akan keluar dari mulut ibu apabila anaknya tidak cemerlang di sekolah. Kadangkala ibu memberitahu jiran di depan anaknya.

“Anak saya memang lambat. Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”

Apa perasaan anak ketika itu? Zahirnya muka anak seperti biasa, bak kata orang “blurr”. Akan tetapi siapa yang tahu perasaan di hatinya ketika itu. Cukuplah kita meletakkan diri kita di tempatnya untuk merasai apa yang dirasai anak. Ketika bos kita merendahkan kita di depan kita sendiri. Mesti sangat sedih kan?

Kali ini saya akan kongsikan dengan semua pembaca tentang satu buku yang akan membuka minda ibu bapa untuk bertindak dengan lebih bijak apabila menghadapi masalah dengan anak-anak. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, buku ini bertajuk Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karangan Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Saya akan kongsikan topik demi topik yang terkandung dalam buku ini menggunakan olahan bahasa saya sendiri.

Makanan Berkhasiat

1. Jaga Pemakanan

Tahukah anda bahawa pemakanan boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak? Menjaga pemakanan di sini bukan sahaja berkenaan dengan makanan yang berkhasiat, malah sumber makanan jauh lebih penting. Sumber rezeki yang haram seperti mencuri, menerima rasuah, penipuan dan sebaginya haruslah dielakkan.

Sumber rezeki yang halal itu adalah seperti:

- Bukan daripada sumber rasuah

- Bukan daripada sumber judi dan nombor ekor

- Bukan daripada mencuri dan menipu

- Bukan daripada sumber perniagaan yang haram seperti menjual dadah dan sebagainya

- Bukan daripada sumber menipu timbangan dalam urusan jual beli

- Tidak mencuri tulang apabila dibayar gaji bekerja 8 jam sehari

Selain punca rezeki ini, peliharalah juga pemakanan yang diberi kepada keluarga baik daripada segi kebersihannya, penyediaannya, kualitinya serta rasanya.

Fokus

2. Betulkan Fokus Kita

Seringkali anak yang diajar oleh ibu tetapi masih tidak faham walaupun diulang 4-5 kali akan dimarahi.

“kenapa kamu ni, kan mak dah ajar tadi, dengar lah baik-baik”

Saya pasti bila pun masalah anak tidak akan selesai. Hal ini kerana apa yang kita fokuskan adalah pada anak. Akan tetapi, untuk menyelesaikan masalah ini, sepatutnya ibu bapa memberi fokus kepada punca masalah tersebut. Jika masalah tersebut datang daripada masalah tumpuan anak yang singkat, cubalah ubah cara mengajar anak. Jika masalahnya adalah anak tiada motivasi dengan keadaan sekeliling, ubahlah tempat belajar anak. Analoginya adala seperti bomba yang ingin memadamkan api. Para ahli bomba tidak fokus kepada api yang sedang merebak untuk menyembur air, akan tetapi mereka mencari punca api itu.

Selain memberi fokus kepada punca masalah anak, berikan fokus kepada diri sendiri. Fokus kepada diri sendiri bermakna kita bertanya soalan berikut:

a) “Apa yang boleh aku lakukan lagi bagi menjadikan anak aku cemerlang?”

b) “Apa yang belum aku lakukan selama ini?”

Bukannya

a) “Kenapa anak aku mesti jadi begini?”

b) “Kenapa anak aku tidak faham aku?”

c) “Kenapa anak aku ini lemah sangat?”

Kemudian berilah fokus kepada kelebihan dan kebolehan anak. Dengan cara ini, ibu bapa tidaklah perlu memikirkan masalah anak setiap masa sepanjang hidupnya. Kadangkala, apabila terlalu fokus kepada masalah anak, ibu bapa akan terlupa kepada kebolehannya.

Pendekatan Emosi

3. Gunakan Pendekatan Emosi

Kesan emosi terhadap seseorang jauh lebih mendalam berbanding kata-kata. Golongan peniaga serta ajen insuranyang Berjaya memanipulasi emosi pelanggannya akan mendapat jualan yang lebih tinggi. Hal-hal yang paling kita ingat di sekolah dulu juga adalah berkenaan emosi.

Sebenarnya anak juga begitu. Mereka lebih terkesan dengan emosi daripada kata-kata. Apabila sesuatu keadaan berlaku dan disertai dengan kekuatan emosi kita, maka ia kan lebih terpahat di hati dan tertanam di minda anak.

Maka, apabila ibu atau bapa berdoa, kadangkala biarkan anak mendengar rintihan kita yang benar-benar ikhlas. Berdoalah dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami anak. Kelak ia akan menjadikan doa kita sebagai azimat dalam hidupnya.

Tonjolkan Kekuatan

4. Menjaga Kredebiliti

Fenomena biasa yang berlaku kepada hamper kesemua ibu bapa adalah anak lebih dengar apa yang cikgu arahkan berbanding apa yang ibunya arahkan. Sebenarnya, ibu bapa di rumah perlulah menjada aspek kredebiliti di hadapan anak sehingga menjadi model kepada anak seperti:

- Tidak menunjukkan kelemahan diri di hadapan anak

- Tunjukkan kehebatan diri

- Akui kesilapan dan minta maaf

- Menjadi contoh

- Mendampingi anak dalam semua perkara

- Cakap serupa bikin

- Berpegang pada janji

Kenali Anak

5. Kenali Anak Kita

Ibu bapa yang mendidik anak, ibu bapa yang membentuk pemikiran anak dan ibu bapa juga yang menentukan masa depan anak. Maka, ibu bapa perlu mengenali sikap, sifat, emosi dan pemikiran anak. Dengan itu, banyak masalah akan terungkai dan selesai.

Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik. Mereka dilahirkan berbeza-beza. Dengan mengenali anak, insyaAllah ibu bapa akan mudah mendekati dan membentuk mereka menjadi anak yang berjaya. Kekurangan yang terdapat pada anak bukanlah bermakna anak sudah tiada lagi masa depan. Berikan tumpuan kepada kebolehannya dan gilap bakatnya.

Sekiranya anak tidak dapat memberi kejayaan dalam akademiknya, terimalah anak seadanya. Mereka adalah seorang anak yang juga seorang manusia. Manusia yang berjaya pernah menemui kegagalan. Dan kegagalan itu akan menjadi titik permulaan dalam mengejar kejayaannya.

Itulah serba sedikit tajuk yang dikupas dalam buku ini. Ia begitu bermanfaat dan boleh dijadikan bekalan dalam mendidik anak-anak. Hari-hari yang kita tempuhi semakin mencabar. Maka carilah bekal dunia dan bekal akhirat selagi kita mampu.

Wallahua’lam…

Bagaimana Melatih Anak untuk Berjaya

Dalam rangka membentuk perasaan berkeyakinan dengan kebolehannya untuk berjaya, anak perlu dilatih mencapai kejayaan.

Perhatikan kelebihan dan kecenderungan ibu bapa. Kemudian perkenalkan anak dengan aktiviti yang mampu menyerlahkan kebolehannya dan mengembangkan kemahirannya, sesuatu yang mencabar dan memastikan kejayaan buatnya.

Beri galakan kepadanya untuk melakukan aktivitinya sehingga tugasan yang perlu disiapkannya itu selesai. Cubalah sedaya upaya untuk tidak mengganggunya dalam keadaan tersebut. Ketekunan adalah aspek yang penting untuk berjaya. Apabila ia menemukan kepayahan, galakkan dia untuk terus mencuba.

Jika mampu, cadangkan kepadanya bagaimana cara yang mudah untuk melunaskan aktivitinya. Akan tetapi, elakkan daripada mengambil alih dan menunjukkan kepadanya cara untuk menyelesaikan aktiviti tersebut dengan melakukan untuknya.

Ia adalah cara yang halus untuk memberitahunya bahawa dia tidak mampu menyelsaikannya dan ia mampu menurunkan keyakinannya terhadap kebolehan dirinya sendiri.

Kecerdasan Emosi (EQ) yang Tinggi Bantu Anak Berjaya

Tahap kepandaian seorang anak pasti berbeza dengan tahap kepandaian anak yang lain atau orang lain. Kebiasaannya anak yang mempunyai IQ yang tinggi dikatakan anak yang pandai. Pandai di sini sering dirujuk kepada penguasaan dalam bidang akademik. Akan tetapi, kajian telah membuktikan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin kejayaannya dalam hidup.

Kecerdasan emosi atau lazimnya dikenali sebagai EQ, merupakan kebolehan dalam menangani sesuatu konflik atau kemampuan dalam meleraikan masalah. Anak yang mempunyai tahap EQ yang tinggi mampu berjalan dengan tenang walaupun diuji dengan pelbagai masalah. Malah sebenarnya EQ mampu menyumbang dalam meningkatkan IQ seseorang.

Apa Itu EQ?

Anak yang mampu mengawal perasaan marah, empati, berdikari, boleh menyesuaikan dengan persekitaran baru, berbudi bahasa serta menghormati orang lain adalah anak yang mempunyai perkembangan EQ yang baik. Oleh sebab itu, kecerdasan emosi atau EQ perlu dikembangkan sejak kecil.

Tahap perkembangan EQ boleh dipengaruhi oleh ibu bapa (keluarga), persekitaran dan kawan. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan tahap EQ anak. Apa yang boleh dilakukan untuk proses tersebut?

Pertama sekali, penuhi keperluan emosi anak. Bayi yang baru lahir sentiasa inginkan kasih sayang, pelukan dan ingin dekat dengan ibunya. Anak dalam lingkungan 3 tahun mula melakukan kerja-kerja dengan sendirinya inginkan perhatian, pujian dan penghargaan. Anak dalam lingkungan 5 tahun mula membantu ibunya mengemas ruang tamu, meja makan dan apa saja inginkan penghargaan kerana mereka ingin diri mereka dicintai dan ada nilai di sisi ibunya.

Dengan memenuhi keperluan emosi anak, secara tidak langsung tahap EQ anak mula berkembang. Mereka mula belajar bagaimana berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta membantu orang lain. Anak kecil yang dipenuhi keperluan emosinya akan kurang menangis berbanding anak yang sering diabaikan. anak yang kurang menangis berjaya mengawal perasaannya serta bijak menggunakan emosi pada tempatnya. Hal ini dapat mendorong anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Bak kata seorang pakar motivasi, orang yang tinggi IQ mudah mendapat kerja, akan tetapi orang yang tinggi EQ mudah naik pangkat.

Dalam hal ini juga, ibu bapa akan lebih mudah memahami anak dan anak juga lebih dekat dan rapat dengan kedua ibu bapanya. Apabila hubungan ini telah kukuh, ibu bapa mudah untuk membentuk sikap anak yang lainnya seperti mendisiplinkan anak, mengajar tatatertib, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, pengalamanlah yang akan mendorong ibu bapa bersikap sewajarnya dalam mendidik anak dan meningkatkan tahap EQ anak.

Bertindaklah Sewajarnya

Secara ringkasnya, saya simpulkan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam proses meningkatkan EQ anak.

  1. Ibu bapa sendiri menunjukkan sikap bersosial dengan masyarakat atau cara berkomunikasi dengan orang lain
  2. Semakin awal ibu bapa memulakan proses ini, ia adalah lebih baik. Serta bersedialah memenuhi keperluan emosi anak jika ingin anak berjaya.
  3. Bimbinglah anak untuk mempelajari kata-kata yang menggambarkan perasaan mereka
  4. Sekiranya anak mengaku kesalahan mereka kepada anda, maka dengarlah alas an mereka dan berikan kata-kata perangsang kepada mereka dan tegurlah dengan kasih sayang.
  5. Berikanlah pujian dengan ikhlas kepada anak anda.
  6. Bukalah ruang perbincangan dengan anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.
  7. Ibu bapa boleh menggunakan pendekatan cerita atau sebarang permainan untuk mengajarkan anak bertindak dalam hal-hal tertentu.
  8. Jadilah teladan yang baik kepada anak, kelak anak akan lebih percaya kepada tindakannya.

Ibu Bapa Mendidik Anak atau Televisyen Mendidik Anak?

Ibu bapa sering mengalami masalah dalam mengawal anak-anak menonton televisyen. Akan tetapi, dengan keazaman yang kuat dan kefahaman yang jelas, ada sesetengah ibu bapa yang berjaya mengawalnya. Hal ini bermakna mengawal anak menonton televisyen adalah tidak mustahil dan boleh dilakukan. Namun, bagaimana pula mengawal anak-anak menghadap skrin dalam tempoh 1-2 jam sahaja sehari? Menghadap skrin bermaksud menonton televisyen, bermain permainan komputer, melayari youtube, bermain permainan video, dan juga bermain permainan di tab, ipad, ipod atau iphone.
Dengan kehadiran ASTRO di rumah, sudah tentu rancangan cartoon network dan Disney seringkali terpasang. Malah, youtube juga boleh dilayari untuk menonton Boboiboy, Upin dan Ipin serta kartun-kartun lain. Saya pernah ditanya bagaimana menyusun rancangan TV untuk anak atau memberi anak bermain games online. Saya menjawab dengan teori dan pengalaman bahawa kanak-kanak yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari akan mudah menjadi agresif ketika umurnya 3 tahun. Malah mereka agak sukar dibentuk kerana lebih suka melakukan aktiviti sendiri. Bermain video game atau online game juga ada hadnya. Namun, jawapan saya dipertikaikan.

“2 jam sehari untuk menonton TV? Cukup ke? Kita pun akan rasa tak seronok tak dapat menonton TV, apatah lagi anak kita”
Apa pendapat pembaca sekalian? Setujukah dengan pernyataan di atas?
Baiklah, sekarang kita lihat dari sudut peranan. Ibu bapa ditugaskan mendidik anak, atau anak yang mengajar ibu bapa apa yang anak mahukan? Ibu mertua saya selalu pesan, “kita yang ajar anak, bukan anak yang ajar kita.” Apa yang perlu kita tanamkan dalam minda kita adalah setiap perlakuan anak adalah hasil daripada didikan kita. Kemungkinan ada faktor luar, akan tetapi 90% daripadanya adalah daripada rumahnya sendiri. Jika kita yang mengatur perjalanan dalam rumah, bermakna kita juga perlu mengikutinya. Bukankah anak-anak lebih cenderung belajar daripada tindakan berbanding percakapan?
“Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak”. (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).


Aktiviti Luar
Terdapat banyak kajian dan hasilnya mengenai kesan televisyen terhadap kanak-kanak. Namun, hasil kajian itu amat merunsingkan ibu bapa. Pada peringkat bayi, American Academy of Pediatrics (AAP) telah menyarankan agar kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan menonton televisyen manakala kanak-kanak berusia lebih 2 tahun dihadkan menonton televisyen selama 1 hingga 2 jam sehari sahaja. Malah, kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah dua tahun. The Journal of Pediatrics juga mengatakan bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan akan memberi kesan kepada kemahiran bahasa yang buruk. Bayi ini juga akan lambat mempelajari bahasa berbanding bayi normal lain.

Johns Hopkins (2000 kanak-kanak, oct 2007) – Kanak-kanak umur 5.5 thn yang ada TV dalam bilik biasanya akan ada masalah dari segi tingkah laku, kurang kemahiran sosial dan kurang waktu tidur.
Pilihan adalah di tangan ibu bapa. Samada membenarkan televisyen di rumah atau mengawal anak menonton rancangan televisyen. Jika ingin mengawal rancangan televisyen yang boleh ditonton, saya akan kongsikan sedikit tips tentang hal ini.
  1. Hadkan masa menonton TV, movie, bermain permainan komputer dan permainan video kepada 1-2 jam sehari
  2. Pilih rancangan televisyen atau kartun yang sesuai. Pada hemat saya, saya lebih gemar anak-anak saya menonton Upin dan Ipin berbanding Boboiboy. Lakukan sedikit penyelidikan terhadap rancangan kartun di pasaran dan berikan anak menontonnya.
  3. Menonton televisyen bersama anak kemudian bincangkan apa yang dilihatnya. Sama juga permainan komputer, duduk bersama anak dan ajarkan anak untuk memilih permainan yang bermanfaat.
Di rumah saya memang ada televisyen, akan tetapi sangat jarang anak-anak membukanya kerana mereka lebih gemar menonton cerita-cerita di komputer. Di sini, peranan ibu bapa juga sama. Hadkan masa menonton mereka. Kadangkala anak-anak akan bosan dan memberontak jika tidak dapat menonton rancangan kegemaran mereka. Jadi, atasilah dengan bijak. Cubalah isi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang boleh membina IQ sekaligus membina hubungan dengan ahli keluarga.


Televisyen Membunuh Kreativiti
Dalam cuti sekolah ini, anak-anak sudah tentu menghadapt televisyen seawall 8 pagi kerana rancangan kartunnya lebih banyak. Jadi, ibu bapa perlu lebih kedepan dalam membantu anak-anak beraktiviti. Biar anak bermain di luar rumah dengan pengawasan atau sekadar bermain dalam kawasan pagar rumah sahaja. Sediakan peralatan secukupnya untuk mereka bermain. Contohnya khemah, tikar, pinggan mangkuk untuk anak main masak-masak dan juga kolam tiub yang mana anak boleh mandi li luar rumah. Bukankah itu lebih menarik dan dapat mengurangkan masa anak menonton TV atau bermain permainan video sahaja?

Maka, semuanya berbalik kepada kemampuan, kefahaman dan kesungguhan kita. Mendidik anak bukanlah mudah, namun ia menjadi begitu sukar jika terlalu banyak alasan dalam mendisiplinkan mereka. Masa semakin suntuk dan anak-anak semakin membesar. Mulakan aktiviti bersama anak-anak selagi mereka masih kecil agar hubungan kekeluargaan lebih erat dan kukuh walaupun mereka sudah mencecah umur remaja kelak.

Wahai Anakku, Cintailah Al-Quran

Wahai anakku, cintailah Al-Quran:

Mengajarkan Al-Qur’an kepada anak adalah hal yang paling pokok dalam Islam. Dengan hal tersebut, anak akan senantiasa dalam fitrahnya dan di dalam hatinya bersemayam cahaya-cahaya hikmah sebelum hawa nafsu dan maksiat mengeruhkan hati dan menyesatkannya dari jalan yang benar.

Para sahabat nabi benar-benar mengetahui pentingnya menghafal Al-Qur’an dan pengaruhnya yang nyata dalam diri anak. Mereka berusaha semaksimal mungkin untuk mengajarkan Al-Qur’an kepada anak-anaknya sebagai pelaksanaan atas saran yang diberikan Rosulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalam hadits yang diriwayatkan dari Mush’ab bin Sa’ad bin Abi Waqqash,

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

Sebelum kita memberi tugas kepada anak-anak kita untuk menghafal Al-Qur’an, maka terlebih dahulu kita harus menanamkan rasa cinta terhadap Al-Qur’an. Sebab, menghafal Al-Qur’an tanpa disertai rasa cinta tidak akan memberi faedah dan manfaat. Bahkan, mungkin jika kita memaksa anak untuk menghafal Al-Qur’an tanpa menanamkan rasa cinta terlebih dahulu, justru akan memberi dampak negatif bagi anak. Sedangkan mencintai Al-Qur’an disertai menghafal akan dapat menumbuhkan perilaku, akhlak, dan sifat mulia.

Menanamkan rasa cinta anak terhadap Al-Qur’an pertama kali harus dilakukan di dalam keluarga, yaitu dengan metode keteladanan. Karena itu, jika kita menginginkan anak mencintai Al-Qur’an, maka jadikanlah keluarga kita sebagai suri teladan yang baik dengan cara berinteraksi secara baik dengan Al-Qur’an. Hal tersebut bisa dilakukan dengan cara memuliakan kesucian Al-Qur’an, misalnya memilih tempat paling mulia dan paling tinggi untuk meletakkan mushaf Al-Qur’an, tidak menaruh barang apapun di atasnya dan tidak meletakkannya di tempat yang tidak layak, bahkan membawanya dengan penuh kehormatan dan rasa cinta, sehingga hal tersebut akan merasuk ke dalam alam bawah sadarnya bahwa mushaf Al-Qur’an adalah sesuatu yang agung, suci, mulia, dan harus dihormati, dicintai, dan disucikan.

Sering memperdengarkan Al-Qur’an di rumah dengan suara merdu dan syahdu, tidak memperdengarkan dengan suara keras agar tidak mengganggu pendengarannya. Memperlihatkan pada anak kecintaan kita pada Al-Qur’an, misalnya dengan cara rutin membacanya.

Adapun metode-metode yang bisa digunakan anak mencintai Al-Qur’an diantaranya adalah:

1. Bercerita kepada anak dengan kisah-kisah yang diambil dari Al-Qur’an.

Mempersiapkan cerita untuk anak yang bisa menjadikannya mencintai Allah Ta’ala dan Al-Qur’an Al-Karim, akan lebih bagus jika kisah-kisah itu diambil dari Al-Qur’an secara langsung, seperti kisah tentang tentara gajah yang menghancurkan Ka’bah, kisah perjalanan nabi Musa dan nabi Khidir, kisah Qarun, kisah nabi Sulaiman bersama ratu Bilqis dan burung Hud-hud, kisah tentang Ashabul Kahfi, dan lain-lain.

Sebelum kita mulai bercerita kita katakan pada anak, “Mari Sayangku, bersama-sama kita dengarkan salah satu kisah Al-Qur’an.”

Sehingga rasa cinta anak terhadap cerita-cerita itu dengan sendirinya akan terikat dengan rasa cintanya pada Al-Qur’an. Namun, dalam menyuguhkan cerita pada anak harus diperhatikan pemilihan waktu yang tepat, pemilihan bahasa yang cocok, dan kalimat yang terkesan, sehingga ia akan memberi pengaruh yang kuat pada jiwa dan akal anak.

2. Sabar dalam menghadapi anak.

Misalnya ketika anak belum bersedia menghafal pada usia ini, maka kita harus menangguhkannya sampai anak benar-benar siap. Namun kita harus selalu memperdengarkan bacaan Al-Qur’an kepadanya.

3. Menggunakan metode pemberian penghargaan untuk memotivasi anak.

Misalnya jika anak telah menyelesaikan satu surat kita ajak ia untuk jalan-jalan/rekreasi, atau dengan menggunakan lembaran prestasi/piagam penghargaan, sehingga anak akan semakin terdorong untuk mengahafal Al-Qur’an.

4. Menggunakan semboyan untuk mengarahkan anak mencintai Al-Qur’an.

Misalnya :
Saya mencintai Al-Qur’an.
Al-Qur’an Kalamullah.
Allah mencintai anak yang cinta Al-Qur’an.
Saya suka menghafal Al-Qur’an.
Atau sebelum menyuruh anak memulai menghafal Al-Quran, kita katakan kepada mereka, “Al-Qur’an adalah kitab Allah yang mulia, orang yang mau menjaganya, maka Allah akan menjaga orang itu. Orang yang mau berpegang teguh kepadanya, maka akan mendapat pertolongan dari Allah. Kitab ini akan menjadikan hati seseorang baik dan berperilaku mulia.”

5. Menggunakan sarana menghafal yang inovatif.

Hal ini disesuaikan dengan kepribadian dan kecenderungan si anak (cara belajarnya), misalnya :

* Bagi anak yang dapat berkonsentrasi dengan baik melalui pendengarannya, dapat menggunakan sarana berupa kaset, atau program penghafal Al-Qur’an digital, agar anak bisa mempergunakannya kapan saja, serta sering memperdengarkan kepadanya bacaan Al-Qur’an dengan lantunan yang merdu dan indah.
* Bagi anak yang peka terhadap sentuhan, memberikannya Al-Qur’an yang cantik dan terlihat indah saat di bawanya, sehingga ia akan suka membacanya, karena ia ditulis dalam lembaran-lembaran yang indah dan rapi.
* Bagi anak yang dapat dimasuki melalui celah visual, maka bisa mengajarkannya melalui video, komputer, layer proyektor, melalui papan tulis, dan lain-lain yang menarik perhatiannya.

6. Memilih waktu yang tepat untuk menghafal Al-Qur’an.
Hal ini sangat penting, karena kita tidak boleh menganggap anak seperti alat yang dapat dimainkan kapan saja, serta melupakan kebutuhan anak itu sendiri. Karena ketika kita terlalu memaksa anak dan sering menekannya dapat menimbulkan kebencian di hati anak, disebabkan dia menanggung kesulitan yang lebih besar. Oleh karena itu, jika kita ingin menanamkan rasa cinta terhadap Al-Qur’an di hati anak, maka kita harus memilih waktu yang tepat untuk menghafal dan berinteraksi dengan Al-Qur’an.

Adapun waktu yang dimaksud bukan saat seperti di bawah ini:
Setelah lama begadang, dan baru tidur sebentar,
Setelah melakukan aktivitas fisik yang cukup berat,
Setelah makan dan kenyang,
Waktu yang direncanakan anak untuk bermain,
Ketika anak dalam kondisi psikologi yang kurang baik,
Ketika terjadi hubungan tidak harmonis anatara orangtua dan anak, supaya anak tidak membenci Al-Qur’an disebabkan perselisihan dengan orangtuanya.

Kemudian hal terakhir yang tidak kalah penting agar anak mencintai Al-Qur’an adalah dengan membuat anak-anak kita mencintai kita, karena ketika kita mencintai Al-Qur’an, maka anak-anak pun akan mencintai Al-Qur’an, karena mereka mengikuti orang yang dicintai. Adapun beberapa cara agar anak-anak kita semakin mencintai kita antara lain:

* Senantiasa bergantung kepada Allah, selalu berdo’a kepada Allah untuk kebaikan anak-anak. Dengan demikian Allah akan memberikan taufikNya dan akan menyatukan hati kita dan anak-anak.
* Bergaul dengan anak-anak sesuai dengan jenjang umurnya, yaitu sesuai dengan kaedah, “Perlakukan manusia menurut kadar akalnya.” Sehingga kita akan dengan mudah menembus hati anak-anak.
* Dalam memberi pengarahan dan nasehat, hendaknya diterapkan metode beragam supaya anak tidak merasa jemu saat diberi pendidikan dan pengajaran.
* Memberikan sangsi kepada anak dengan cara tidak memberikan bonus atau menundanya sampai waktu yang ditentukan adalah lebih baik daripada memberikan sangsi berupa sesuatu yang merendahkan diri anak. Tujuannya tidak lain supaya anak bisa menghormati dirinya sendiri sehingga dengan mudah ia akan menghormati kita.
* Memahami skill dan hobi yang dimiliki anak-anak, supaya kita dapat memasukkan sesuatu pada anak dengan cara yang tepat.
* Berusaha dengan sepenuh hati untuk bersahabat dengan anak-anak, selanjutnya memperlakukan mereka dengan bertolak pada dasar pendidikan, bukan dengan bertolak pada dasar bahwa kita lebih utama dari anak-anak, mengingat kita sudah memberi makan, minum, dan menyediakan tempat tinggal. Hal ini secara otomatis akan membuat mereka taat tanpa pernah membantah.
* Membereskan hal-hal yang dapat menghalangi kebahagiaan dan ketenangan hubungan kita dengan anak-anak.
* Mengungkapkan rasa cinta kepada anak, baik baik dengan lisan maupun perbuatan.

Itulah beberapa point cara untuk menumbuhkan rasa cinta anak kepada Al-Qur’an. Semoga kegiatan menghafal Al-Qur’an menjadi hal yang menyenangkan bagi anak-anak, sehingga kita akan mendapat hasil sesuai yang kita harapkan.

Diringkas dari Agar Anak Mencintai Al-Qur’an, Dr. Sa’ad Riyadh
Sumber dari http://muslimah.or.id/pendidikan-anak/waha…h-al-quran.html

Ajarkan Anak Mengenal Al-Quran – Motivasi, Faedah dan Teknik

“Jika kamu mahu berjaya didunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu” – Imam Shafie

Untuk berjaya, tiada jalan pintas. Setiap orang perlu melalui jalan yang sukar, panjang dan berliku. Menjadi ibu adalah satu kejayaan. Mengharungi hidup untuk bergelar seorang ibu bukanlah mudah. Kita perlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan yang tinggi. Kesukaran yang kita lalui akhirnya terubat dengan kehadiran cahaya mata yang menanti untuk diwarnai. Begitulah fitrah setiap manusia yang bergelar ibu.

Sekarang, zaman telah berubah. Rata-rata ibu bapa menyerahkan pendidikan anak mereka sepenuhnya kepada sekolah. Jadi tugas ibu bapa hanyalah mencari rezeki dan membesarkan anak. Dalam hal mendidik anak pula, ibu bapa boleh pantau prestasi akademiknya di sekolah. Persoalannya, adakah pendidikan itu hanya merujuk kepada soal akademik anak?

Akademik

Akademik

Pendidikan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perihal mendidik. Ia tidaklah khusus kepada aspek akademik semata-mata. Bukankah seorang ibu itu adalah guru pertama bagi anaknya? Jika benar kita adalah guru pertama, maka apakah kita telah mula mendidiknya? Saya begitu kagum melihat ibu bapa yang bertungkus-lumus mendidik anak siang dan malam walaupun usia anak baru mencecah 1 bulan. Hal ini berlaku kerana ibu bapa benar-benar yakin bahawa mereka beroleh pahala yang besar dengan usaha mereka itu.

Apa tidaknya, ibu bapa mengajarkan anak sesuatu yang baru, kemudian anak menggunakan ilmu yang telah diberikan sehingga anak dewasa. Sudah tentu pahala yang tidak pernah putus akan sentiasa diperolehi oleh ibu bapa selagi anaknya mengamalkan ilmu tersebut. Jadi apakah ilmu yang perlu diajar sejak kecil?

  1. Ajar anak membaca
  2. Ajar anak Al-Quran
  3. Ajar anak kemahiran hidup
  4. Ajar anak bahasa asing
  5. Ajar anak matematik
  6. Ajar anak bertutur
  7. Ajar anak menyanyi

Banyak lagi ilmu-ilmu penting yang perlu diajar kepada anak kecil. Cuma di sini, persoalannya adalah ilmu mana yang perlu diajarkan terlebih dahulu. Disebabkan untuk berjaya kita perlukan ilmu, maka setiap bidang ilmu adalah penting. Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu ilmu, apabila diajarkan kepada anak, maka kebolehan anak untuk belajar ilmu-ilmu lain menjadi mudah. Malah kepintaran anak telah dijana secara tidak langsung.

Ajarlah anak membaca Al-Quran. Al-Quran adalah terapi pertuturan. Al-Quran adalah penjana kepintaran anak. Di dalamnya terdapat ilmu pengetahuan yang sangat bernilai, bermutu serta mampu menjaga diri daripada godaan syaitan. Ibu bapa tidak perlu risau tentang perkembangan lainnya apabila mengajarkan anak membaca serta menghafal Al-Quran sejak kecil kerana Al-Quran adalah penawar atau terapi kepada segala permasalahan.

Hasil pengalaman para ibu bapa yang mendidik anaknya cintakan Al-Quran sekaligus menghafalnya dengan konsisten telah membuktikan bahawa ketika anak mereka mencecah usia remaja, mereka jarang sekali terlibat dengan masalah sosial yang meruncing terutama fenomena cinta remaja, merokok, melepak dan juga membuang masa. Malah, anak ini menjadi anak yang cintakan ibu bapanya, mendengar kata, kuat ingatan, mudah dibentuk, serta mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.

Ajar Anak Al-Quran

Ajar Anak Al-Quran

Dengan kesedaran ini, saya menyarankan agar ibu bapa memulakan pendidikan di rumah dengan pendidikan Al-Quran. Hal ini sekaligus dapat menghidupkan kembali generasi Al-Quran yang ingin dilenyapkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Masih belum terlambat jika ingin memulakannya ketika anak telah menjangkau usia 7 tahun atau lebih. Apa yang penting adalah keazaman serta teknik mendidik anak mengenal Al-Quran. Pertama sekali kenalkan huruf kepadanya. Banyak pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya adalah kaedah ‘flash card’, menggunakan buku Iqra’ atau Al-Furqan, atau nyanyian. Dalam masa yang sama, perdengarkan surah-surah pendek atau juz ‘amma kepada anak. Pasangkannya di dalam kereta, dalam rumah atau ketika anak sedang tidur.

Selepas anak kenal huruf-huruf Al-Quran, ajarkan anak membaca pula. Ulangi kaedah membaca sehingga anak lancar dan teruskan memperdengar surah-surah pendek kepada anak. Dengan keazaman dan ketekunan inilah, anak-anak akan berjaya membaca A-Quran sejak kecil. Malah tidak mustahil untuk anak anda dapat menghafalnya walaupun belum memasuki sekolah rendah

Jika ibu bapa terlalu sibuk, maka lakukanlah semampu yang boleh. Seterusnya bertawakkal dan berdoa agar Allah memudahkan urusan kita. Untuk mendapatkan teknik yang lebih praktikal dan sistematik, serta motivasi yang berkesan, saya sarankan anda menghadiri seminar mengajar anak Al-Quran oleh Puan Mazlina. Saya mencadangkan seminar ini kerana beliau telah berjaya mendidik anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk http://quran.anakkusayang.com

Mudah-mudahan pembaca memperoleh secedok ilmu daripada artikel ini sekaligus mengaplikasikannya di rumah.

Sekian.

Agar buah hati tak lagi takut kepada hantu

Ummi, Ahmad nak ke bilik air. Temankan ya Mi…
Ummu Ahmad (bukan nama sebenarnya) kaget ketika suatu malam Ahmad, anaknya yang sudah berumur 10 tahun tiba-tiba minta ditemankan ke bilik air.
Ahmad anak shalih… takkan minta ditemankan? Biasanya berani pergi sendiri.
Ahmad takut ketemu hantu Mi…” kata Ahmad dengan wajah ketakutan.
Kisah ini mungkin sangat sering kita jumpai. Tak hanya anak kecil, bahkan banyak orang dewasa yang mengaku takut terhadap hantu. Masih banyaknya budaya dan kepercayaan terhadap hal-hal mistis yang bertentangan dengan syariat, ditambah lagi maraknya cerita maupun filem-filem misteri di tengah masyarakat semakin menambah kerusakan dan mengikis keimanan.
Rasa takut anak kepada hantu, bagaimanapun harus mendapat perhatian khusus dari orang tua. Karena bila ketakutan sang anak tetap terpelihara, tak hanya membentuk mental penakut pada diri anak tetapi juga dapat mengurangi kesempurnaan tauhid yang sangat kita harapkan terbentuk pada diri sang anak.
Sekilas tentang Rasa Rakut (Khauf)
Sangat penting bagi orang tua untuk melatih anak mengatur rasa takutnya. Bukan hanya sekedar agar anak menjadi pemberani, tetapi lebih karena rasa takut adalah bahagian dari ibadah. Rasa takut adalah bahagian dari rukun yang harus ada dalam ibadah, di samping rasa cinta dan harap.
Kategori – kategori takut
Ulama telah membagi rasa takut menjadi beberapa bagian, iaitu:
1. Takut ibadah atau disebut juga takut sirri (takut terhadap sesuatu yang ghaib).
Takut ibadah dibagi menjadi dua macam:
a. Takut kepada Allah, iaitu takut yang diiringi dengan merendahkan diri, pengagungan, dan ketundukan diri kepada Allah. Takut semacam inilah yang akan mendatangkan ketaqwaan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah. Oleh karena itu, rasa takut seperti ini hanya boleh ditujukan kepada Allah semata karena merupakan salah satu konsekuensi keimanan.
Allah berfirman, yang ertinya, “Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. Ali Imran 175)
b. Takut kepada selain Allah, iaitu takut kepada selain Allah dalam hal sesuatu yang ditakuti itu sebenarnya tidak dapat melakukannya dan hanya Allah-lah yang dapat melakukannya. Takut semacam ini banyak terjadi pada berhala, takut pada orang mati, takutnya para penyembah kubur kepada walinya, dll. Rasa takut ini merupakan syirik akbar yang dapat mengeluarkan pelakunya dari keIslaman.
2. Takut yang haram, iaitu takut kepada selain Allah, yang bukan ibadah tetapi menyebabkan ia melakukan keharaman atau meninggalkan kewajiban. Takut semacam ini dapat mengurangi ketauhidan seseorang.
3. Takut thobi’i (normal), iaitu takut pada hal-hal yang mampu mencelakakan kita (dengan izin dan kekuatan dari Allah). Misalnya, takut pada binatang buas, api, dll. Takut semacam ini wajar ada pada diri manusia dan dibolehkan selama tidak melampaui batas.
4. Takut wahm (khayalan), iaitu takut pada sesuatu yang sebabnya tidak jelas. Misalnya, takut pada hantu. Takut semacam ini tercela.
Seorang anak yang masih dalam fasa pertumbuhan dan sedang mengalami masa belajar, ia mempunyai rasa ingin tahu yang besar dan kadang disertai pula daya imajinasi yang tinggi. Oleh karena itu, ketika ia mendengar cerita tentang berbagai macam hantu entah dari berbagai media massa, atau dari orang-orang di sekitarnya, hal tersebut mampu menimbulkan rasa takut yang berlebihan. Apalagi bila sang anak pernah mengalami trauma karena ditakut-takuti temannya atau karena pernah mengalami gangguan jin.
Rasa takut kepada hantu atau setan, mampu mengantarkan kepada syirik akbar. Jika sampai membawa pada peribadatan kepada selain Allah. Bentuknya bermacam-macam, ada yang memberi sajian agar tidak diganggu, membaca berbagai mantera, datang kepada dukun untuk meminta azimat, dan sebagainya.
Pada anak, mungkin tak sampai separah itu. Namun tak jarang kita dapati, karena rasa takut kepada hantu atau semacamnya, anak menjadi takut keluar kamar untuk mengambil wudhu pada pagi hari. Sang anak menjadi menunda-nunda waktu shalat Subuhnya. Ini hanyalah salah satu contoh. Tetapi sekali lagi, hal ini dapat mengurangi kesempurnaan tauhid sang anak.
Ketakutan anak menjadi lebih parah jika orang tuanya pun tidak faham syariat sehingga demi mengatasi rasa takut anaknya sehingga membawa anak pada kesyirikan. Misalkan menggantungkan azimat pada anak sehingga sang anak terus bergantung pada azimat tersebut hingga dia dewasa.
Cara Mengatasi Rasa Takut Anak kepada Hantu
Bagi orang tua sangat penting mengetahui bagaimanakah cara mengatasi ketakutan anak dengan cara yang sesuai syariat. Antara lain:
1. Tanamkanlah pada anak tauhid dan aqidah yang benar.
Cubalah cari sebab apa yang sebenarnya ditakutkan oleh sang anak pada saat keadaannya tenang. Rangsanglah anak dengan beberapa pertanyaan. “Adik takut hantu ya? Memangnya hantu itu apa ya?” Jika sang anak menjawab bahwa hantu adalah pocong, pontianak, atau semacamnya, jelaskan bahwa hantu-hantu semacam itu tidak ada sama sekali sehingga tidak perlu ditakutkan. Jika yang ditakutkan anak adalah orang mati, maka jelaskanlah bahwa orang mati takkan mampu memberi manfaat maupun bahaya bagi orang yang masih hidup.
Adapun jika sang anak telah mengerti bahwa yang dimaksud orang-orang dengan hantu adalah penjelmaan dari setan atau jin yang hendak mengganggu manusia, maka orangtua haruslah menjelaskan kepada anak bahwa tidak ada kekuatan yang paling kuat kecuali kekuatan Allah. Seluruh makhluk, termasuk jin dan setan di bawah pengaturan Allah. Ajarkan pada anak meskipun seluruh jin dan manusia ingin mencelakakannya, akan tetapi Allah tidak menakdirkannya, maka ia takkan celaka. Begitu pula sebaliknya.
Sungguh indah contoh yang diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika beliau menasehati Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu yang ketika itu masih kecil.Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwa ia berkata, “Pada suatu hari saya pernah membonceng di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda, “Wahai anak muda, sesungguhnya akan kuajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, nescaya Allah juga akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan mendapati-Nya ada di hadapanmu. Apabila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, andaikan saja umat seluruhnya berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, mereka tidak akan bisa memberikan manfaat kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan andaikan saja mereka bersatu untuk menimpakan bahaya terhadapmu, mereka tidak akan bisa memberikan bahaya itu terhadapmu kecuali sesuatu yang Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembar catatan telah kering.” (HR. Tirmidzi)
Jelaskan pada anak pada hal apakah ia harus takut (iaitu takut kepada Allah), pada hal-hal apakah ia boleh takut tetapi tidak berlebihan dan hal-hal apa yang ia tidak boleh takut sama sekali. Hendaklah orang tua mengenalkan kepada anak-anaknya kepada Allah, nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Karena dengan pengenalan kepada Allah, seorang anak akan mengetahui keagungan Allah, KekayaanNya, kekuasaan-Nya. Yang harus orang tua ingat, mengajarkan rasa takut kepada Allah juga harus disertai pengajaran rasa cinta dan harap kepada Allah. Sehingga hal ini menjadikan anak ikhlas dan giat dalam beramal serta tidak mudah putus asa.
2. Ajarkan wirid dan doa yang diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Ada banyak wirid dan doa yang bisa diajarkan pada anak. Misalnya, wirid pagi dan petang, doa sehari-hari seperti doa masuk tandas, doa singgah di suatu tempat, doa hendak tidur, dll. Pilihlah bacaan wirid dan doa sesuai kemampuan anak.
Tak hanya sekedar menghafal, tapi juga fahamkan mereka erti dari doa tersebut sehingga mereka mengamalkan doa-doa tersebut dengan penuh keyakinan akan manfaat doa bagi dirinya. Ajarkan pada anak bahwa doa dan wirid adalah senjata dan perisai bagi kaum mukmin. Karena itu, bila rasa takut menyerang, yang terbaik dilakukan adalah meminta perlindungan dan pertolongan Allah, Rabb seluruh makhluk. Sesekali ingatkan atau tanyakan pada anak erti dari doa tersebut. Sekaligus untuk mengetahui apakah sang anak sudah mengamalkan doa-doa tersebut ataukah belum.
3. Jauhkanlah anak dari hal-hal yang mendatangkan rasa takut kepada hantu.
Misalnya cerita misteri, patung dan lukisan makhluk bernyawa, dll. Cerita misteri atau berbau mistis kadang lebih menarik bagi anak karena imajinasi mereka yang tinggi dan masih belum terkontrol baik. Oleh karena itu, kenalkanlah anak dengan kisah-kisah para Nabi, sahabat-sahabat Rasulullah, maupun kisah shahih lain yang dapat mengajarkan anak keimanan, keberanian dan akhlaq yang baik. Jangan hanya sekedar menyediakannya buku/majalah, meskipun ini juga hal yang penting. Sesekali ceritakanlah langsung dengan lisan anda agar hikmah dan nilai kisah lebih mengena di hati anak. Ini juga akan lebih mendekatkan orang tua dengan sang buah hati.
4. Ajarkan pula pada anak untuk tidak menakut-nakuti temannya meski hanya bermaksud untuk bergurau. Fahamkan pada anak untuk bergurau dengan baik.
5. Bila orang tua ternyata adalah seorang penakut, berusahalah untuk tidak menampakkan hal tersebut di depan sang anak. Sebagaimana kita tidak ingin anak menjadi penakut, maka latihlah diri sendiri untuk tetap tenang dan menghilangkan sifat penakut dari diri kita.
Jika suatu ketika sifat penakut kita diketahui oleh sang anak, tak ada salahnya melibatkan anak dalam usaha menghilangkan sifat penakut kita. “Astagfirullah, tadi Ummi menjerit selepas lampu mati? Menurut adik, apa yang Ummi harus buat? Iya adik benar, harusnya tetap tenang dan minta perlindungan sama Allah. Lain kali kalau Ummi menjerit lagi, adik ingatkan Ummi ya….” Hal ini juga akan mengajarkan pada anak bagaimana seharusnya ia bersikap ketika ada orang lain atau temannya yang ketakutan. Jangan pula menakut-nakuti anak dengan ancaman yang tak berdasar atau bertentangan dengan syariat. Misalnya, “Jangan main dekat sungai ya! Nanti diculik penunggu sungai.” Hal ini sering tanpa sadar dilakukan oleh para orang tua. Maka wahai para pendidik, bekalilah diri dengan ilmu syar’i dalam mendidik anak-anak kita.

6. Berdoalah untuk kebaikan anak

Hal yang sering luput dari orang tua adalah berdoa untuk anak-anaknya. Padahal doa merupakan salah satu pokok yang harus dipegang teguh orang tua. Doa orang tua bagi kebaikan anaknya adalah salah satu jenis doa yang dijanjikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan dikabulkan oleh Allah (HR. Baihaqi). Termasuk di antaranya, hendaknya orang tua mendoakan agar anak dilindungi dari gangguan syaitan.
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwa ia berkata, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memintakan perlindungan untuk Hasan dan Husain dengan mengucapkan,“Aku memohon perlindungan untukmu berdua dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan binatang berbisa, dan juga dari setiap mata yang jahat.” Selanjutnya beliau bersabda “Adalah bapa kalian (iaitu Ibrahim) dahulu juga memohonkan perlindungan untuk kedua puteranya, Ismail dan Ishaq, dengan kalimat seperti ini.” (HR. Bukhari)
Inilah sebagian cara yang semoga mampu mengatasi rasa takut anak terhadap hantu. Orang tua hendaknya bersabar dalam membantu anak mengatasi rasa takutnya dengan tetap memprioritikan pendidikan aqidah dan tauhid pada anak. Semoga kelak anak tumbuh menjadi muslim-muslimah yang beraqidah lurus, beramal shalih dan mempunyai ketawakkalan yang tinggi kepada Allah. Wallahu Ta’ala a’lam.
Maraji’:
Bila Anak Anda Takut Hantu, Ummu Khaulah, Majalah As Sunnah Edisi 02/Tahun VIII/1424H/2004M
Mendidik Anak Bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Muhammad Suwaid, penerbit Pustaka Arafah
Mutiara Faidah Kitab Tauhid Syaikh Muhammad At Tamimi, Abu ‘Isa Abdullah bin Salam, penerbit Divisi Bimbingan Masyarakat LBI Al Atsary Yogyakarta
Syarah Tiga Landasan Utama, Syaikh Abdullah bin Shalih al Fauzan, Pustaka At Tibyan
*** Artikel muslimah.or.id
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...