Monday, May 30, 2011

mendidik anak cemerlang

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu

• Adab dengan orang tua-tua

• Adab dengan guru

• Adab dengan kawan-kawan

• Tugas harian di rumah

• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.

• Tatacara makan mengikut sunnah nabi

• Cara belajar yang berkesan

• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah

• Keselamatan jalan raya

• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.


5. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tugas yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar Anak

LAGI PERKONGSIAN....TAK INGAT COPY PASTE DARI MANA....

Pernahkah anda rasakan sesuatu seperti ini..?

Kita telah buat macam-macam untuk anak kita..Kita telah buat segala petua dan tips yang ustaz ustazah beri. Apa yang telah dinasihatkan oleh Dato Fazilah Khamsah, semuanya kita dah buat. Pendek kata, kita telah mencuba, membuat dan melakukan semuanya sebaik mungkin.

Tapi, nampak gaya..anak kita tetap sama. Tak ada tanda-tanda macam nak berubah. Adakalanya, kesabaran mula hilang. Geram pun ada.. Dan di kala kesunyian, adakalanya kita rasa sedih yang teramat sangat bila mengenangkan perkara ini.

“Saya tak tahu macam mana nak ajar anak..“

Itulah yang pernah saya rasakan. Dan sehingga detik saya menulis artikel ini pun, saya masih merasakan perkara itu…

Saya mengaku, yang saya pernah menangis seorang diri kerana mengenangkan diri saya, apa yang telah saya lakukan dan ajarkan terhadap anak saya, dan bila saya berfikir kembali..rupa-rupanya, saya memang tak tahu macam mana nak ajar anak.

Saya menangis, merintih, dan merayu pada Allah swt mengenangkan kejahilan diri sendiri. Saya berdoa kepada Allah,

“Ya Allah, sememangnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Aku betul-betul tak tahu macam mana nak ajar anak. Kau tolonglah ajarkan mereka ya Allah. Kau mudahkanlah urusan aku dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya bukan aku yag dapat beri ilmu dan kepandaian kepada anak-anakku. Akan tetapi, Engkau lah sahaja yg boleh memberi ilmu dan kepandaian kepada mereka. Ya Allah, kasihanilah kami. Berikanlah hidayah buat kami…Aamin ”

Percayalah bahawa…Setiap perkataan yang kita keluarkan di hadapan anak, setiap perbuatan yang kita tunjukkan di hadapan anak-anak, setiap ilham dan idea yang datang untuk mendidik anak, semuanya datang daripada Allah swt.

Sebagaimana saya menulis di dalam blog ini, tiada satu tulisan pun yang datangnya datang daripada idea saya sendiri. Semua ilham ini datangnya daripada Allah swt. Saya menulis bukan kerana saya pandai mendidik anak. Tetapi, saya menulis kerana saya mahu belajar dan pandai mendidik anak.

Seorang sahabat saya telah beritahu. Jika kita teringin sangat-sangat untuk dapatkan satu sifat, caranya ialah; kita ceritakan, cakapkan, dakwahkan kelebihan sifat itu sebanyak-banyaknya kepada orang lain. Maka insyaAllah, Allah swt akan kasihan kepada kita dan Dia akan berikan kita sifat yang kita mahukan itu.

Maka, antara sebab itulah saya selalu menulis tentang fadhilat dan kelebihan mendidik anak-anak dengan cara yang disukai Allah, kerana saya sendiri belum dapat sifat itu, dan saya benar-benar mahukannya. Saya selalu ceritakan dan ber-muzakarah dengan suami saya, dan saya juga akan ceritakan dengan sesiapa sahaja yang saya jumpa.

Sekiranya sahabat-sahabat juga mahukan sifat yang sama atau apa sahaja sifat yang baik, mungkin sahabat-sahabat juga boleh mencuba tips di atas.

InsyaAllah, ada kejayaannya :)

Mengapa Kita Mesti Berusaha Tingkatkan Iman Anak

(moga anak-anak Ummi akan jadi anak yang SOLEH dan BERIMAN yang akan mendoakan ummi dan abi )

SEKADAR PERKONGSIAN.... TAK INGAT DAPAT DARI MANA... DULU COPY PASTE UNTUK BACAAN SENDIRI JE.....

Semua amalan yang kita lakukan di dunia ini adalah bergantung kepada IMAN kepada Allah swt. Sekuat mana kita meyakini pada janji-janjiNya bagi setiap amalan, maka sekuat itulah kita akan berusaha untuk melaksanakan amalan tersebut.

Sebagai contoh, untuk bangun tahajud di tengah malam, kita mungkin akan menyiapkan jam loceng di sebelah telinga untuk bangun awal pada malam tersebut. Namun, adakalanya walaupun jam loceng telah berbunyi, kita hilang kekuatan untuk melawan daya tarikan mata yang mengantuk dan tilam yang empuk. Lebih-lebih lagi, semata-mata untuk berdiri mengerjakan solat di kala insan-insan lain sedang nyenyak tidur (saya tidak bercakap tentang orang lain, saya sedang bercakap tentang diri saya ni… *-* ).

Kenapa ini berlaku? Puncanya kerana IMAN saya masih lemah… Fadhilat dan kelebihan yang Allah swt telah janjikan untuk orang yang bertahajud, belum dapat membuka mata saya yang ter-sangatlah mengantuk itu. Sedangkan kalau difikirkan, fadhilat tahajud seperti; dapat melihat mahligai kita di syurga sewaktu berada dalam sakaratul maut, diangkat daripada azab kubur, menaiki kuda emas di syurga dan banyak lagi, sudah tentu lebih indah dan bernilai daripada tidur di atas tilam dunia yang telah diketahui bersifat sementara.

Tapi sayang…IMAN saya masih lemah. Sebab itu, saya mesti mengusahakan iman saya, supaya keyakinan terhadap janji-janji Allah swt akan mengatasi keyakinan terhadap janii-janji makhluk yang belum pasti kebenarannya.

Bilamana keyakinan pada Allah swt semakin kuat, maka mudah-mudahan semakin mudah lah untuk saya melakukan amal.

Sekiranya IMAN ini sangat penting untuk diusahakan bagi diri saya, sudah tentu ia juga penting untuk diusahakan ke atas anak-anak saya. Saya yakin, dengan adanya IMAN kepada Allah swt, maka akan lahirlah kecintaan kepada Allah swt dan mudahlah untuk kami mentaati perintah-perintahNya.

Dengan adanya IMAN, maka akan datang rasa takut yang amat sangat untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah swt. Setiap waktu dan saat, kita dapat rasakan bahawa Allah swt sentiasa memerhatikan kita. Setiap amal baik dan buruk yang kita lakukan, pastinya akan dihisab di akhirat sana. Mudah-mudahan dengan adanya iman, Allah swt hindarkan daripada kita sifat-sifat yang buruk, dan Allah swt akan hiasi peribadi kita dengan akhlak yang mulia.

Selain itu, IMAN kita pada hari ini tidak sama lagi seperti iman para sahabat. Iman kita banyak terikut-ikut dengan suasana. Bila berada di masjid, iman kita meningkat. Sampai sahaja di rumah, iman kita pun menurun. Sedangkan kita tidak pernah tahu, bila masanya Allah swt akan memanggil kita kepadaNya.

Adakah sewaktu iman kita sedang meningkat, atau sewaktu iman kita sedang menurun (nauzubillahimin zaalik) ? Sebab itulah, kita perlu usahakan atas iman, supaya kita dapat mengadapNya dalam keadaan IMAN.Seterusnya, dapat ucap kalimah Laailaahaillah Muhammadur Rasuullah di akhir kalam kita.

Dan apabila kita mati suatu hari nanti, tiadalah harta yang lebih berharga melainkan doa daripada anak-anak yang soleh. Kerana itu, selagi kita masih hidup, penting untuk kita untuk mengusahakan iman anak-anak kita. Mudah-mudahan, sebab-sebab yang telah saya kumpulkan di sini, dapat menjadi pendorong kepada diri saya dan anda di luar sana untuk sama-sama berusaha meningkatkan iman kita dan anak-anak kita.

Jemputlah Melawat Blog Video Anak Kecil Mengaji

Lagi Email Daripada Puan Lina , yang menjemput ummi Melawat Video Anak Kecil Mengaji... ummi sangat TERUJA...dan ummi berharap...suatu hari ni, ummi akan dapat juga kongsikan video anak ummi mengaji...INSYA ALLAH....

Salam Ummi Abri,

Hari ni saya nak buat promosi sikit! Promosi menjemput Ummi Abri untuk melawat blog yang mengumpulkan video-video anak-anak kecil mengaji dari semua pembaca blog saya yang ingin berkongsi video anak mereka. Saya namakan blog tersebut sebagai Blog Didikanquran. Harap Ummi Abri menerimanya sebagai satu usaha untuk menyuntik semangat ibu-ibu lain bagi mendidik anak mereka dan ia jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah. Ia lebih kepada untuk membuka mata orang lain akan kemampuan kanak-kanak. Kita perlu ingat tidak semua ibubapa tahu tentang kemampuan belajar dalam diri anak mereka sendiri jika tidak orang lain yang menunjukkannya.

Diharap ini akan mampu memotivasikan ibu bapa lain dan juga diri kita sendiri untuk terus melatih anak-anak kita. InsyaAllah, jika sambutan menggalakkan, saya merancang untuk mengadakanpersembahan hafazan kanak-kanak mengikut kategori umur mereka bagi melatih atau mendedahkan kemahiran berdepan dengan orang ramai sedari kecil. Melihat kepada yang mendaftar menjadi subscriber emel saya,hampir sebulan jumlah yang mendaftarkan nama dan emel mereka sudah hampir 500 orang! Terima kasih saya ucapkan atas sokongan semua! Alhamdulillah, ramai yang membantu mempromosikan blog saya kepada rakan-rakan untuk berkongsi ilmu dengan mereka. Hanya Allah sahajalah yang membalasnya..

Saya juga ingin memaklumkan akan website online shopping saya kalau Ummi Abri tak perasan yang saya namakan www.islamicparentingnetwork.com. Tujuannya adalah untuk membantu ibubapa yang ingin mendapatkan bahan/produk bantu mengajar yang saya gunakan.

Idea untuk mewujudkan website ini datang setelah hampir setiap hari saya menerima emel bertanyakan bagaimana caranya untuk bermula dan dimana saya mendapatkan produk dan barangan yang saya tulis dalam blog saya. Setelah 2 tahun saya tidak dapat membantu selain menyatakan saya mendapatkannya di Shah Alam, kini saya dapat melangkah setapak kedepan dalam menghulurkan bantuan dengan adanya website ini. Jemputlah melawat kedua-duanya sekali...

Akhir kata, jika ada video anak anak Ummi Abri yang terkini atau yang dah lama tersimpan, diambil semasa mereka umur 0-6 tahun sedang belajar atau diajar mengaji, kongsikanlah dalam blog didikanquran saya.

Jemputlah melawat kedua-duanya sekali :

1. Blog Perkongsian Video Anak-Anak http://didikanquran.blogspot.com/

2. Website http://www.islamicparentingnetwork.com

Ikhlas dari,

Lina Karim

H/P : 0192308080

www.islamicparentingnetwork.com

www.darwishndarwisya.blogspot.com

*P/S: Kongsi Video anak Ummi Abri di Blog Video Anak Kecil Mengaji

Friday, May 27, 2011

Keyakinan Anak


Lagi perkongsian daripada Puan Lina, agak berguna sebagai tips bagi para ibu didik anak yakin berdepan dengan orang ramai..

Salam Ummi Abri ,

Sekadar untuk berkongsi... pada 6 Mac 2011 yang lepas, saya menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Saya menghadirkan diri kerana dijemput oleh pihak pengurusan surau. Sebelum ini saya agak berat hati untuk menghadiri mana-mana jemputan kerana tidak mahu sangat untuk dikenali orang. Namun, kali ini saya terbuka hati kerana saya ingin mendapatkan sesuatu untuk anak saya yang kedua, Darwish yang tidak pernah membaca di khalayak ramai.

Memang yang dijemput untuk membaca hafazan adalah Darwisya. Namun, saya mengambil kesempatan memohon izin kepada pihak pengurusan surau untuk membenarkan Darwish membaca dahulu, kemudian barulah Darwisya.

Alhamdulillah, ia menjadi icebreaker platform untuk Darwish, yang usianya baru sahaja genap 3 tahun pada Khamis minggu yang sama. Sewaktu namanya dipanggil, dia tidak berfikir 2 kali untuk ke depan. Yakin dan tidak takut untuk memegang mikrofon dan membacakan hafazannya. Sehingga sepatutnya menyebut auzubilah dulu pun dia terlupa! Walaupun pendek bacaannya tetapi pengalaman dia untuk kedepan itu yang paling berharga. Sekadar untuk berkongsi, Darwisya memulakan pengalaman pertamanya ketika dia berusia 3 tahun 2 bulan.

Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah keyakinan diri pada kanak-kanak bergantung kepada kita sebagai ibu bapa untuk memupuknya. Malu/preserve dan yakin diri tidak boleh wujud serentak dalam diri kanak-kanak. Anak yang selalu dipukul, didera, dimarah/tengking, dijegil akan selalu berasa rendah diri. Jangan salah faham... marah dibolehkan asalkan tidak melampaui batasnya.

Dalam memberi pendidikan pada anak-anak, kita tidak boleh terlampau fokus untuk mendapatkan pencapaian yang telah kita tetapkan sendiri. Konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak perlu diiringi dengan kasih sayang sepenuhnya pada mereka, InsyaAllah akan mengeluarkan potensi diri dan perasaan yakin pada mereka.

Dengan kata yang lebih praktikalnya, jangan bercakap dengan anak sambil menaip komputer atau membaca surat khabar, pandanglah mata mereka seolah-olah kita mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Dan untuk mendisiplinkan mereka, lakukanlah secara konsisten. Jika tidak boleh hari ini, esok lusa dan selamanya pun jangan di bagi boleh (kecuali ada sebab yang rasional yang membolehkannya). Kerana mereka akan keliru dalam memahami kita nanti.

Ikhlas dari,

Lina Karim

www.islamicparentingnetwork.com

www.darwishndarwisya.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...