Friday, January 28, 2011

Abrisam & Abi


Gambar semasa Giat Mara menganjurkan kursus untuk bakal usahawan...


Gambar semasa Giat Mara membuat pameran..



Abrisam ni memang lah anak abi... sikit2...abi ikut !!!..abi ikut.... pantang tengok abi nak keluar rumah...

Kalau abi ada majlis kat office...or ada function kat mana2 memang suka je abi nak bawa Abrisam...

Timbang Abrisam

Semalam genap lah umur Abrisam 2 tahun 3 bulan..bawa ke klinik untuk timbang.. berat 11.5kg.. turun 100gm..dulu timbang masa masuk 2 tahun berat 11.6kg...

Nurse kata tak apa...as long as sihat..budak tengah membesar memang agak aktif..makan pun tak menentu...sibuk nak main je...tidurpun kurang dah...

Ummi harap anak ummi sentiasa jadi budak yang aktif dan sihat..

Wednesday, January 26, 2011

Edit Picture





Gambar kat atas ni ambil masa sambut tahun baru 1.1.2011...cantik pula lepas di edit oleh kawan ummi...harus di frame...cantik sangat... TQ to aunt Nanna edit gambar anak ummi.

Tuesday, January 25, 2011

Nasihat Luqman Kepada Anaknya



To my darling son...Abrisam & Hafiz...mungkin terlalu awal untuk ummi bagi kata-kata nasihat.. tapi ummi harap suatu hari nanti bila anak ummi dah pandai membaca boleh lah baca nasihat di bawah .... kalau boleh sampai kan juga kepada orang lain... kerana dalam usaha kita perbaiki diri.. kita juga harus cuba perbaiki orang lain...

Dibawah adalah nasihat Luqman Kepada Anaknya.....

* Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

* orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

* Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

* Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

* Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

* Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

* Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

* janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

* Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

* selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

* Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

* Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

* Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

* Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

* Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

* Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Syok Sendiri....

*Abrisam yang suka 'tiru' aksi Hafiz...

Entahlah rasa syok sendiri pulak 2 3 menjak ada anak ni... suka je nak buka cerita pasal anak.. (tp ummi pilih orang je...kalau dengan yang jenis bukan child friendly tu..ummi tak buka topik pun pasal anak ni...nanti orang meluat pulak dengar kan...asyik2 nak cerita pasal anak dia... macam orang lain tak ada anak pulak kan...)

Tapi kalau dalam blog lain hal....ini blog ummi so SUKAHATI ummi lah kan nak tulis apa... nak puji anak-anak ummi... nak cerita tentang anak ummi dari A-Z...tak de niat pun nak bangga riak.... cuma sekarang dunia ummi lebih kepada anak-anak...so dalam kepala pun banyak fikir anak-anak je...kalau yang tak minat nak ambil tahu tolong jangan baca ye...

Tujuan ummi tulis dalam blog ni pun semata-mata untuk anak-anak ummi.... Insya Allah kalau panjang umur... mereka dah pandai membaca.... bolehlah mereka baca catatan ringkas tentang mereka...

ermmm....

Abrisam sekarang ni....dah kenal lah beberapa jenis haiwan, kira pun dah tahu sikit-sikit, cakap pun ok sikit-sikit....tapi bahasa rojak ok...

lebih kepada bahasa Melanau Bintulu (pengaruh daripada rumah pengasuh)...
Dah pandai merajuk...esp kalau Abi 'tegur'.... terus sedih tau... tapi kalau tengok abi ready nak keluar...dia pun ready juga nak ikut..kalau abi tak bawa..confirm 'hujan'...

Dah pandai marah Hafiz juga ok...esp. kalau dia tengah kusyuk main kereta.... "Hafiz kacau ai..." sambai tangan tolak Hafiz....kalau tak pun tangan naik juga ke muka Hafiz.. Dalam masa yang sama dia juga sangatlah 'keabangan'.... terharu kadang tu ummi tengok dia tunjuk sifat 'keabangan' dia pada Hafiz...etc..kalau Hafiz bangun tidur...Abrisam akan segera cium...makan kadang tu tolong suap Hafiz...kadang tu suka sangat peluk Hafiz...sampai Hafiz naik rimas...

Suka ikut gerak-geri orang..suka juga tiru rentak Hafiz dah pandai ikut abi or ummi solat...(mudahan anak ummi ni akan jaga solat suatu hari nanti)


Hafiz
... masih lagi jadi baby sihat ummi...kuat minum susu... makan pun boleh tahan... bubur tak minat lagi ok...

Suka juga gigit tangan abi...
Suka sangat lah bersandar...tak kira siapa...abi , ummi or Abrisam.... Pandai main sendiri...paling suka main sorong-sorong kereta mainan ...pas tu syok sendiri tengok tayar kereta tu berpusing..

Hafiz ni suka juga panjat kerusi kecil...siap berdiri lagi...huhu...


Masih dalam proses berdiri je..belum pandai nak melangkah... Hafiz ni baby yang ceria....dia lah tukang gelak kalau Abrisam buat 'lawak'..tapi congek juga..sangat kaya dengan air mata...

Oklah...nanti ummi update lagi...

Always crying....



Gambar Abrisam sedang nangis masa sambut New Year 2011 (1.1.11) - di Tanjung Batu, Bintulu


Gambar Abrisam sedang nangis masa sambut New Year 2010 (1.1.10) - di Pantai Bungai, Bekenu

Sudah 2 tahun berturut-turut sambut tahun baru di pantai... cuma pantai yang berbeza dan sambut dengan orang yang berbeza.... bukan nak meraikan tahun baru pun...tapi lebih kepada merapatkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan je...

My Hero..









Gambar masa tahun baru 1.1.11....

Friday, January 21, 2011

Mimak...

Mimak...mimak...ni lah panggilan Abrisam untuk ummi...ni adalah combine ummi + mak = Mimak..

Abrisam kadang panggil mak....kadang panggil mi (ummi)...sekarang ni suka-suka je combine dua-dua tu ja Mimak....hehe

Entah kenapa susah sangat Abrisam nak panggil ummi....tapi panggil abi lancar pulak sebutan tu...

Mimak..pun..mimak lah...ummi tetap membahasakan diri sebagai ummi... besar sikit pandailah Abrisam tu tukar panggilan tu..

Friday, January 14, 2011

STOP from BF


Nampak nya dah masuk seminggu Abrisam stop from BF.... kali ni dia sendiri yang 'reject'... after 2 years old..adalah beberapa kali juga ummi cuba untuk 'stop' kan ...almaklum kadang tu ummi rasamacam tak larat nak BF dua orang anak secara serentak !!!.. tapi tak sampai hati pulak tengok muka Abrisam...

Memandangkan kali ni..dia sendiri yang nak stop...ummi apalagi...alu-alukan je lah.. so now budak kecik nama Hafiz yang conquer lah..tiada lagi saingan...hehe tak bersaing pun..selalunya serentak je BF..sorang kiri..sorang kanan...

Ummi tak kisah sangatlah Abrisam stop..dia pun dah masuk 2 tahun lebih....sekurang2nya ummi bangga dapat BF anak ummi lebih dari 2 tahun... bukan seorang ok...2 orang...

Thursday, January 13, 2011

Putera Hatiku - Awang Hafizuddin Zubari


Hari ini, usia perkahwinan ku dan suami dah masuk 3 tahun,3 minggu, 2hari.,cepat betul masa berlalu, macam mimpi je dah ada dua orang putera.

Hari ini juga, Abrisam berusia 2 tahun,2 bulan,2 minggu,3 hari, manakala Hafiz 10 bulan,1 minggu,2 hari.

Sebenarnya, aku langsung tak 'perasan' masa mula-mula pregnant anak kedua ni. dan memang tidak terfikirpun untuk pregnant dalam waktu terdekat(walaupun tidak ada mengambil apa-apa family planning) yelah, Abrisam kan masih kecil lagi, tapi dah rezeki, aku dan suami terima dengan redha, percaya anak adalah rezeki dan amanah. Setiap sesuatu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kawan se office ku ada juga 'tegur', kata aku nampak macam pucat dan lemah, macam sakit je, tapi aku anggap tu perkara biasa, lagipun masa tu kehidupan agak tidak menentu, baru transfer, pindah rumah, kemas rumah, packing barang , kerap berulang-alik Miri-Bintulu dan memang banyak lah urusan, memang agak letih, dengan anak yang masih kecil lagi.

Aku tetap teruskan aktivi senaman ku setiap petang bersama kawan rapat ku Fyda, naik bukit BDA, nak diet katakan, selepas bersalin anak pertama agak lama juga aku tinggalkan aktiviti senaman ni.

Suatu hari tu, aku rasa rasa hairan kerana agak lemah juga, cepat sangat letih, selalunya dapat 2 kali naik bukit, kali ni sekali je dah letih semacam, selalu je tertinggal di belakang.

Masa balik kampung tu, mata pun asyik mengantuk je nak tidur je keja sampai mak pun 'perasa'n tu yang mak ada tanya adakah aku pregnant lagi. Masa tu aku memang menafikan lah. Memang tak terfikirlah aku tengah pregnant.

Makcik & Pakcik (parent pengasuh Abrisam) pun ada tanya kot2 aku ni pregnant,coz mereka kata muka ku lain macam je (entahlah apa yang lain nye), lagipun masa tu Abrisam kerap tak sihat,kan orang tua kata kalau anak sering tak sihat, petandanya si ibu mungkin sedang pregnant, memang masa tu Abrisam kerap demam, pas tu ok 2-3 hari ,demam balik,aku ingatkan tu perkara biasa, nak membesar kata kan.

Memang dah lama rasanya aku tak period...tp aku anggap tu perkara biasa kerana aku masih BF Abrisam..dan apa yang aku faham kitaran haid untuk ibu yang BF memang tidak menentu...

Sehinggalah pada suatu hari, aku rasa macam nak demam, dan pening kepala... aku pun terfikir mungkin kah benar aku sedang pregnant...aku ke farmasi beli test pregnant, dan....sah..ada dua tanda bergaris....means....aku pregnant!!!OMG...

Perasaan masa tu, macam-macam .. gembira...tapi dalam masa yang sama macam tak bersedia lagi...sedih pun ada juga... coz Abrisam masih kecil... lebih kurang 7 bulan....banyak lah yang aku fikir... macam mana nak handle?...

Aku juga masih FOBIA dengan 'mabuk-mabuk' semasa mengidam anak pertama.... sakit beranak pun masih terbayang-bayang.. macam-macam yang aku fikirkan....ada yang positif..ada yang negatif... mujurlah aku cepat sedar... yang anak ini adalah rezeki !!!.. bukan penambah BEBAN !!!.. ber juta-juta wanita di luar sana ingin melalui saat-saat ini tetapi belum ada rezeki... aku sepatutnya bersyukur... Pahala baru nak datang !!!.. Rezeki keluarga akan bertambah ...dengan kehadiran anak kedua..

Walaupun pada mula nya aku rasa belum bersedia... yelah baru sorang anak pun kadang aku rasa tak cukup kaki tangan...tak cukup rehat...diri sendiri pun kadang tak ter 'urus'......tapi aku segera berfikiran positif... baru 2 orang... ada lagi ibu2 lagi anak berderet sampai 10 orang... ok je..hehe.. saat2 ni aku selalu fikir yang positif supaya aku gembira dengan kehadiran baby baru... Kesian anak ku kalau dia di anggap 'penambah beban'.... pada Allah sering ku panjat doa agar aku di jauhi dari bisikan syaitan!!..

Tapi sebagai manusia biasa yang sering di bisik2 syaitan... ada juga lah kadang2 timbul kerisauan tentang kehadiran anak kedua ni... dari segala segi.. kos etc...tapi suami selalu juga mengingatkan setiap anak yang lahir itu akan beserta dengan rezeki masing-masing...

Sedar tak sedar kandungan ku semakin membesar... berbanding kandungan pertama.. kali ini agak mudah... hanya sesekali aku muntah...alahan pun tidak berapa teruk...akupun agak aktif bergerak... kalau dari segi perbezaan peratusan kehamilan pertama dan kedua... memang 90% perbezaan nya !!!..Syukur..... langsung tidak terasa kandungan kali ini berlalu....

Dari segi emosi pun agak kuat juga....sepanjang ingatanku tak sempat rasanya ada adegan air mata berbanding dulu masa kandungan pertama (mungkin faktor suami jauh.... dan mabuk pula agak teruk) boleh dikatakan tiap malam berendam air mata.... hahaha... Kali ni yang buat adegan air mata Abrisam je lah...ummi nya dah tak dapat lagi layan perasaan....

Dari segi kerja pun ....kuranglah 'ponteng' kerja....berbanding dulu.... selalu je tak turun kerja... cuma wajib tidur tengah hari....setiap jam 12.00 mata pasti mengantuk sangat...

Terus-terang aku kata..kalaulah tempoh mengidam semudah kali ini... 5-6 kali lagi hamil pun aku sanggup..hehe

Memandangkan ketara sangat perbezaan antara kehamilan pertama dan kedua... so aku dengan yakin 'merasakan' anak kedua ini adalah baby girl (walaupun tidaklah menaruh harapan yang tinggi)...

Adalah juga pernah scan sekali je...itupun hanya untuk kepastian berapa usia kandungan ku... doktor kata maybe baby girl walaupun tidak berapa jelas...sebenarnya aku tak kisah sangat bab jantina....asalkan baby ku sihat dan selamat ....sudah memadai...

Mengikut kata doktor aku dijangka akan bersalin pada 14 March 2010.... walaubagaimanapun 2 minggu sebelum tarikh tersebut..aku dapat rasakan yang aku semakin cepat letih...seluruh badan terasa ngilu dan aku turut merasakan kandungan sudah semakin turun...

Pada 1 March 2010....majikan(MD) ku dari Miri datang melawat office di Bintulu...beliau meminta agar aku segera membuat handing over duty... kerana khuatir aku akan melahirkan lebih awal dari jangkaan...berkali-kali MD mengingatkan aku perkara itu... aku bercadang akan membuat segala handing over pada 2 March 2010... kerja-kerja lain hampir semua sudah aku siapkan...

Pada malam 1 March 2010...aku rasa semacam je...macam dekat2 nak bersalin je...badan rasa letih...tak dapat tidur dibuatnya...pada pagi 2 March 2010...semasa aku ke toilet... dah ada keluar tanda... ada darah...aku ada rasa nak turun office sekejap...nak handing over apa yang patut....tapi dalam masa yang sama risau juga... takut bersalin di Office !!!!...walaupun aku dapat rasakan bukan hari ini aku akan bersalin kalau mengikut pengalaman pertama... kerana belum ada rasa sakit...

Semasa berbincang dengan suami...beliau mencadangkan aku masuk wad sahaja.... lebih mudah katanya...So, pagi tu, aku siap-siap untuk ke hospital...lepas hantar Abrisam ke rumah pengasuh, aku tinggalkan Abrisam dengan linangan air mata.... rasa syadu pula mengenangkan malam ni tak tidur ngan Abrisam...

Suami hantar aku terus ke hospital... kami sarapan pagi bersama terlebih dahulu...dan berbual-bual... masih relax2... lepas mendaftar dan sesi soal jawab... aku di minta ambil urine... dan kemudian nurse check bukaan rahim... baru 1 cm... menyesal pula datang awal sangat ke hospital...walaubagaimananpun aku di masukkan ke dalam wad.... Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku...

tengah hari semasa doktor scan... juga memaklumkan kandungan belum turun...aku diminta banyakkan berjalan untuk memudahkan proses penurunan kandungan...sekiranya aku belum juga bersalin...esok aku di suruh balik dahulu...



Oh tidak... malas nya nak keluar masuk wad... petang tu, aku berjalan-jalan... Tengahari iibu dan suami datang melawat... sebelah petangnya pula keluarga dan rakan baik ku Fyda datang melawat... kali ini tiada adegan air mata.... jika dulu semasa menunggu saat kelahiran Abrisam....pantang ada orang datang melawat...pasti di iringi air mata duyung....(suamiku yg gelar)...

malam pun sambung lagi jalan-jalan...aku dapat rasakan kandungan semakin turun....keesokan paginya... aku sambung lagi jalan-jalan.... aku akan berenti sekejap kalau rasa sakit...kali ini aku dah dapat rasakan tanda-tanda melahirkan semakin hampir...

Orang yang di depan katil ku mengatakan yang aku nampak sangat cergas... macam tidak sakit !!!..hehe...mungkin heran melihat aku yang kerap berjalan-jalan...

Sedang aku menahan kesakitan yang datang sekejap-kejap...rakan seoffice ku telefon... menanyakan khabar ku dan memaklumkan ada cheque yang urgent yang perlu aku sign .. aku meminta rakan sekerja ku segera ke hospital dan aku akan cuba 'tunggu' jika sempat.. (maklumlah sekejap lagi nurse akan check bukaan rahim..dan aku dapat rasakan saat-saat melahirkan semakin hampir)...contraction semakin kerap!!!sangat hampir !!!

Jika semasa anak pertama, sakit adalah di bahagian pinggang dan belakang seperti ada tulang yang mencucuk-cucuk isi.... kali ini bahagian belakang langsung tidak ada rasa sakit... cuma sakit bahagian rahim....

Abu (rakan sekerja) datang beberapa minit sebelum aku masuk wad bersalin !!! Aku sempat 'kerja'...(iaitu sign cheque !!!)... bukaan sudah 5cm...aku di tolak ke wad bersalin tengah hari 3hb March 2010 (lebih kurang jam 11.00 ++am)...

Nurse segera membuat persiapan... sementara menunggu bukaan rahim semakin besar aku dibiarkan sendiri...contraction semakin kerap...Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya saat2 itu.. sempat juga dalam hati aku berbisik...macam mana nak tempuh sakit begini lagi???.. rasa tak sanggup !!!...

Dalam bergelut menahan kesakitan...aku tidak lupa berdoa agar Allah mudahkan segalanya.. tika ini hanya pada Allah segalanya di serah...sungguh sakit !!!... antara hidup dan mati !!! patutlah Allah beri pahala yang besar atas pengorbanan seorang ibu melahirkan anak !!

Memandangkan sakit sudah tidak tertanggung...aku meminta nurse check bukaan cm... dah 6 cm... beberapa minit selepas itu..aku segera menjerit nurseeeee!!!!...kerana rasa sakit yang amat sangat....

Beberapa orang nurse segera membuat persiapan .... aku diletakkan pada kedudukan yang sepatutnya... dengan lafaz bismillah..hanya 3 kali push...aku selamat melahirkan tepat jam 1.09pm ....lega sangat lepas mendengar tangisan baby...sempat juga nurse bertanya..

"Kitak rasa baby apa"?
"Girl"..jawab ummi spontan.
"Salah...(sambil menunjukkan jantina baby).."

Walaupun tidak sangka..baby yang lahir adalah baby boy lagi...aku tetap bersyukur... kelahiran kali ini agak mudah..... Awang Hafizuddin Zubari Bin Awang Abadi selamat dilahirkan pada 4 March 2010 jam 1.09pm dengan berat 2.90 kg...(sangat kecil berbanding Abrisam dulu 3.63kg semasa dilahirkan)..

Rasa macam mimpi aku dan suami kini sudah ada dua orang putera.. Hafiz sekarang sudah makin besar.. 8.30 kg masa 4.1.2011 (masuk 10 bulan)..sangat kuat menyusu...dan sangat congek dan manja juga !!!...

catatan pengalaman semasa melahirkan Abrisam..
http://abrisamzubari.blogspot.com/2009/04/putera-hati-ku.html

My Brother is My Best Friend - Abri & Hafiz




I Love my brother...
Posing adik beradik... malam 31.12.2010

Suka berebut kerusi !!!

Jom Solat !!





Abrisam sekarang ni..kalau ummi or abi solat memang dia nak solat juga...sejadah warna merah tu tak boleh orang lain guna..dah cop dia yang punya..

Ummi doa supaya anak ummi jadi anak yang soleh..tak tinggal solat hingga akhir hayat..Amin

New Year Pic - 01.01.2011



Belum lambat rasanya nak ucap happy new year...moga tahun ini lebih baik dari semalam..

Tuesday, January 4, 2011

Hafiz is 10 Month old Today





Hari ini putera kedua ummi dah masuk 10 bulan. Cepat betul masa berlalu. Hari ni ummi akan bawa Hafiz ke klinik check 10 bulan..

Sejak ahad lepas (2.01.2011) Hafiz asyik merengek je.. jam 3.00++am muntah.. yang ummi heran dia tak demam dan tak selesema...entah sakit apa..risau ummi dan abi dibuatnya...

Semalam, walaupun tak sedap hati, ummi terpaksa juga kerja kerana rakan seoffice ummi dah awal-awal cuti nak urus anak sekolah..pengasuh ada call kata Hafiz muntah-muntah..dan merengek-rengek...

Dalam kepala ummi ni, ada dua perkara je..maybe Hafiz masuk angin coz masa tahun baru tu, kami sefamily dan rakan-rakan BBQ di pantai... masa tu abi bawa Hafiz main air laut..

Yang kedua maybe dia kenyang sangat coz pada hari Ahad 2 biji pisang dia makan..

Balik dari rumah pengasuh semalam ummi bagi Hafiz minum air gripe..kot2 kembung...dan sapu minyak but-but (HPA) pada perut dan betis.. tak lama lepas tu Hafiz muntah..agak banyak juga.. mungkin agak lega lepas tu...dia main...

Lepas solat magrib, ummi dan abi hantar Hafiz ke klinik Masniah.. doktor pun kata kemungkinan sakit perut..ada juga bagi ubat muntah dan kembung perut..

Ingat sampai rumah nak bagi makan lah ubat tu...tp Hafiz tak nak makan...huhuhu... last2 dia tidur tanpa makan ubat..lebih kurang jam 1.30am..dia sedar... ummi BF..minum sikit je..pas tu merengek dan menangis... ummi bagi lagi minum air gripe...pas tu urut minyak but2...tak lama pas tu muntah lagi...

Sangat manja..nak abi dukung je..tak nak kat ummi..hehehe... last2 tidur di tangan abi...

Pagi tadi pun muntah lagi...

Note : timbang 8.3 kg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...